in ,

Jenis Kawan Dalam Kelas Yang Selalu Hiburkan Kita

Sumber gambar: klook.com/activity

Bila dah nak masuk musim persekolahan semula yang akan tiba tak lama lagi. Mesti ramai di antara korang yang rindu dengan kawan-kawan kelas, betul tak? Rindu nak tengok kerenah mereka, rindu nak kerja dalam satu kumpulan dengan mereka, rindu nak makan waktu rehat dengan mereka dan banyak lagi perkara yang korang rindu nak buat dengan mereka. Dalam kelas pun mesti ada banyak perangai mereka pelik-pelik yang selalu membuatkan attention itu automatik ada pada diri mereka sebab mereka ini menghiburkan hati orang sekeliling mereka. Jadi, jom kita tengok korang ada jenis kawan bagaimana dalam kelas yang sentiasa menghiburkan kita semua.

KAKI BAWANG

via GIPHY

Kawan yang jenis kaki bawang, segala gosip tentang apa yang jadi di sekolah dia antara yang pertama tahu. Tidak kisahlah gosip tentang cikgu nak berhenti ke, cikgu ada meeting ke, cikgu dah kahwin ke, kawan korang bercinta ke, kawan korang ditinggalkan sebab kekasih dia bercinta dengan BFF dia ke, dan banyak lagi hal mereka adalah nombor satu dalam kelas yang tahu. Biasanya, kawan yang jenis seperti ini memang best sebab mereka ibarat wartawan sekolah yang rajin korek berita khas untuk korang walaupun berita itu tak penting pun untuk orang sekeliling. Hehe

KUAT KIPAS CIKGU

via GIPHY

Orang yang kuat kipas cikgu ini pun sebenarnya antara kawan yang mampu hiburkan kita dalam kelas sebab bila semua orang nampak dia cuba nak kipas cikgu, mesti ramai-ramai akan bahan dia. Apa yang lebih mengejutkan juga korang dalam kelas, biasanya mereka punya confident level ini memang tahap dewa dan tak peduli pun apa yang orang cakap. Disebabkan hal itulah, semua orang suka dengan mereka sebab perangai slumber mereka.

SELALU BUAT LAWAK

via GIPHY

Ini antara kawan yang dikira sebagai selebriti dalam banyak kelas. Selalunya, lawak mereka dalam kelas sangat spontan dan jarang guna punchline dengn mengejek orang. Biasanya, lawak mereka lebih kepada perangai slumber mereka dalam berkata-kata, soalan pertanyaan kepada guru, mereka punya muka yang tengah blur dan pemikiran mereka yang innocent itu membuatkan mereka nampak lebih outstanding dalam kelas.

MELATAH

via GIPHY

Si kuat melatah ini pula, memang favourite satu sekolah sebab ramai orang suka menyakat mereka tapi korang janganlah usik mereka selalu sebab kesian tau! Ingat melatah ini tak penat ke? Dan sebenarnya walaupun mereka menghiburkan, jangan selalu sangat korang sakat sebab bila melatah, mereka tak perasan dan sedar apa yang mereka buat pegang dan lain-lain. Boleh jadi bahaya untuk diri korang kalau mereka tengah pegang benda tajam ya! 

SI GENIUS

via GIPHY

Bagi si genius pun mereka pun boleh dikatakan sebagai seorang yang paling best dalam kelas sebab setiap kali cikgu tanya, mesti mereka akan buat satu kelas teruja dengan kepandaian mereka dengan kata “woooo bapak pandai!” dan mereka pun kebanyakan reti buat dad jokes tau! Jadi not bad juga kalau kita nak cakap kawan kelas yang genius ini sebenarnya memang menghiburkan.

Mesti korang tak sabar kan nak jumpa kawan-kawan kelas korang bila dah buka sekolah nanti? Nanti bila dah jumpa hari pertama sekolah nanti group hug dan lepaskan rindu antara satu sama lain ya! Selepas itu, balik sekolah korang pergilah lepak kafe sekejap ajak berbual tentang masa cuti korang. Iyalah, nanti bila dah habis sekolah dan dah besar, korang ingat senang ke nak jumpa orang seperti kawan-kawan dalam kelas korang? Jadi, hargailah waktu zaman belajar korang ini ya. Hehe

What do you think?

20 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Ikut Cara Neelofa Bahagia Dunia Akhirat

Perangai Buruk Perlu Ditinggalkan Di Tahun 2019!