in ,

Jenis-Jenis Tuala Wanita Yang Korang Harus Tahu

Sumber gambar: www.inquirer.com

Bila tiba sahaja waktu period, memang bukan setakat mood swing saja perempuan boleh dapat, malah perangai pelik seperti tiba-tiba nak makan Β banyak, malas, nak tidur pun boleh jadi. Bukan setakat itu saja, perempuan juga kena selalu jaga kebersihan extra double waktu period. Kali ini LUNARIA nak kongsi dengan korang beberapa alternatif tuala wanita waktu period yang korang perlu tahu.

PAD

Sumber gambar: adeline says

Untuk pengetahuan korang, pad adalah pilihan majoriti perempuan di luar sana. Bukan setakat mudah untuk digunakan tapi ia juga lebih mudah didapati dimana sahaja. Pad ini lebih mudah sebab korang hanya perlu lekatkan pada seluar dalam dan ada pad yang ada wing itu lebih baik sebab ia akan kekalkan posisi pad korang tanpa bergerak ke mana sahaja.

TAMPON

Sumber gambar: non toxic revolution

Kalau korang nak tahu, tampon adalah pilihan untuk orang yang suka buat banyak aktiviti lasak. Cara penggunaan tampon ialah korang perlu masukkan dalam vagina korang supaya ia dapat menyerap darah kotor dari dalam. Apa yang bagus kalau korang pakai tampon ini, kebocoran memang jarang berlaku. Jangan risau, ia selamat untuk digunakan.

PERIOD PANTIES

Sumber gambar: we heart it

Korang pernah dengar tak tentang period panties? Ini adalah antara alternatif paling mudah juga sebab korang boleh pakai seperti panties korang macam biasa. Period panties ini ada lapisan yang sangat tebal dan boleh serap cecair darah korang. Untuk pengetahuan korang, ia juga ada banyak jenis ketebalan yang mengikut period flow korang.Β 

REUSABLE PAD

Sumber gambar: vogue lyvivien

Reusable pad pun juga sama, ia lebih kurang macam pad pakai buang yang biasa korang guna itu tapi bezanya ia boleh dicuci dan digunakan semula. Reusable pad ini menggunakan kain dan bukan kapas seperti pad biasa dan korang boleh guna selama 2 hingga ke 6 jam dan pastikan korang cuci reusable pad ini dengan bersih okay!Β 

MENSTRUAL CUP

Sumber gambar: pinterest

Untuk menstrual cup pula, cara penggunaan sama seperti tampon iaitu korang perlu masukkan dalam vagina. Ia diperbuat daripada silikon dan apa yang menariknya ianya boleh digunakan semula. Korang juga kena pastikan setiap 3 hingga 4 jam, korang buang darah yang bertakung, cuci dan gunakan semula. Kalau korang dah habis tempoh period, korang rebus ia menggunakan air panas dan simpan di tempat yang bersih.

Jadi, sekarang ini korang semua dah tahu apa fungsi setiap tuala wanita ini? Terpulang pada korang lebih selesa menggunakan jenis tuala wanita yang mana satu sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri. Selain daripada alternatif tuala wanita yang kami dah kongsi ini, ada ke jenis tuala wanita lain dan unik yang pernah korang jumpa? Kalau ada, cuba kongsi dengan kami di bahagian komen sebab kami pun nak tahu juga.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sempena Bulan Kemerdekaan, Ini Diskaun Makanan Menanti Kita!

4 Kelas Tarian K-Pop Terbaik Di Korea Selatan