in

Jenis-Jenis Cikgu! Korang Ada Tak?

Sumber gambar: www.mynextmove.org

Hai #Lunagirls cuti sekolah dah nak bermula, mesti akan rindu kawan-kawan dan cikgu kan? Time cuti sekolah nanti still boleb lepak dengan kawan-kawan..tapi dengan cikgu macam mana nak ajak lepak? Haha! Harini LUNARIA kongsikan jenis-jenis cikgu yang mungkin #Lunagirls ada dekat sekolah!

CIKGU PULAS

via GIPHY

Pelik tak dengar cikgu pulas? Haha! Cikgu pulas ialah cikgu yang suka nak mencubit orang je! Dia bergurau pun mencubit tapi kalau cikgu marah lagi kena lah kan! Hihi! Ala.. kalau dah habis sekolah nanti mesti korang rindu cikgu ni kan girls? Kat sekolah #Lunagirls ada tak cikgu pulas?

CIKGU ‘RIMAU’

Sumber gambar: malyutka.net

Cikgu ‘rimau’ ni garang dia tak boleh bincang beb! Haha! Kebanyakkan cikgu ‘rimau’ ni mesti cikgu disiplin! Yelah kalau tak garang macam mana nak disiplinkan yang suka naughty tu! Hihi! Cikgu yang garang ni sebenarnya dalam hati ada taman tau..suka bergurau..penyayang.. kalau korang tak percaya cuba sekali sekala duduk borak dekat bilik disiplin dengan cikgu ‘rimau’..mesti korang tak sangka!

CIKGU CANTIK 

via GIPHY

Selalunya cikgu practical ada dalam kategori ni kan girls? Hehe! Kebanyakkan cikgu practical muda dan senang rapat dengan students dia! Kalau first day nampak cikgu cantik ni masa perhimpunan mesti korang akan membawang with your squad tertanya-tanya cikgu cantik ni bakal ajar kelas apa kan? Haha! Btw girls, Nabilah Razali pun ada membawang juga dalam Face Off with Nabila Razali di podcast Ais Kacang tau! Korang jangan lupa check out okay?

CIKGU KAKI SELFIE

via GIPHY

Best nya ada cikgu yang suka selfie! Kalau dekat sekolah ada acara sukan sekolah, hari kantin sekolah atau jamuan raya sekolah cikgu ni akan paling banyak ambil gambar! Tak perlu risau nak upah photographer! Hehe! Kalau #Lunagirls suka selfie, mesti cikgu ni akan jadi favorite teacher korang kan?

CIKGU KELAKAR

via GIPHY

Biasanya cikgu yang suka buat lawak ni cikgu- cikgu Sains atau pun subjek Sejarah! Yelah.. Cikgu mesti nak students kekal fokus dalam kelas dan tak nak students mudah bosan kan girls? Selalunya cikgu perlu jadi lebih kreatif untuk tarik minat students terima subjek yang memerlukan pemahaman yang mendalam!

Walau macam mana rapat atau best nya karakter cikgu #Lunagirls dekat sekolah, kita tetap kena hormati mereka sebagai cikgu kita okay? Sebab mereka yang memberi kita ilmu.. Jadi sayangilah mereka seperti ibu bapa sendiri! Dan jangan lupa untuk selalu berterima kasih kepada mereka.. Salam sayang LUNARIA untuk semua cikgu #Lunagirls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments