in ,

Jenis Darah VS Personaliti, Betul Ke Faktanya?

Perbezaan karakter dan keperibadian manusia banyak dipengaruhi dari segi latar belakang keluarga, tapi kalau #Lunagirls nak tahu, melalui jenis darah pun kita boleh tahu personality seseorang tu tau! Golongan darah A, B, AB dan O mempunyai ciri tersendiri.. Korang tahu jenis darah masing-masing? Jom check out personaliti diri kita!

DARAH A

via GIPHY

Dikatakan orang yang berdarah A ni memiliki pemikiran yang serius dan sangat penyabar! Wow! Sifat positif itu buat mereka lebih tenang dalam menghadapi masalah.. Dan suka buat sesuatu mengikut jadual dan terancang, senang cerita semua benda kena perfect! Ada #Lunagirls berdarah A?

DARAH B

via GIPHY

Orang yang berdarah B ni dikatakan banyak cakap ataupun kepoh.. Kalau boleh semua benda nak tahu.. ops! Hehe! Tapi bukan busy body.. hanya selalu ada perasaan ingin tahu je! Yang penting siapa darah B mudah focus dalam sesuatu benda yang gemar dilakukan! Bagusnya.. taklah buat kerja separuh jalan!

DARAH AB

via GIPHY

Betul ke orang kata siapa darah AB ni mempunyai perasaan yang lembut dan sensitive?  Cuba komen sikit #Lunagirls.. hihi! Jangan risau.. bukan sensitive yang senang sentap tu,  tapi sebab risaukan orang lain. Paling bagusnya golongan darah AB ni sentiasa berhati-hati dalam apa yang di lakukan.

DARAH O

via GIPHY

Walaupun stock darah O susah untuk dijumpai, tapi orang yang berdarah O ni jenis easy going tau! Dia macam tak kisah apa yang terjadi disekeliling, macam orang kata pasal dia ke sebab tak suka bergaduh! Dan orang berdarah O ni baik hati dan pemuruh tau. Syok buat kawan ni.. hihi!

Kalau #Lunagirls tak tahu jenis darah, korang boleh pergi ke klinik berhampiran untuk check okay! Tapi bukan lah semata-mata untuk tahu personality.. Sekiranya, ada case emergency yang korang memerlukan darah, lebih mudah dapat bantuan okay!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eyka Farhana Muncul Dalam Drama Pretty Little Liars

Jom Try Tips Bergambar Cara Syafiqah Aina