in ,

Jenis Colour Corrector Akan Tolong Cover ‘Masalah’ Kita!

Sebagai perempuan, kecantikan itu merupakan satu elemen yang penting dalam hidup kita. Sudah semestinya kita nak ada kulit yang flawless walaupun hanya seketul jerawat pun boleh spoil-kan mood kita sebab nanti make up tak cantik. Itu belum lagi untuk yang betul-betul ada masalah kulit muka.. Tapi jangan sedih-sedih sebab setiap masalah ada penyelesaiannya. Mungkin ada yang kurang suka dengan panda eyes dan warna kulit yang tidak sekata sewaktu apply make-up sebab kena tambah sini sikit, sana sikit dan lama-lama make-up pun akan nampak buruk sebab kita terlalu top-up di bahagian yang tidak sekata itu. Tak perlu risau, LUNARIA akan ajar korang fungsi colour corrector atau concealer untuk make-up korang okay!

HIJAU

AlexandrasGirlyTalk

Fungsi colour corrector atau concealer warna hijau sangat sesuai untuk korang yang ada masalah jerawat kemerah-merahan sebab ia boleh tolong untuk samarkan kemerahan yang terlalu teruk seperti warna maroon itu tidak kiralah warna kulit awak macam mana pun. Zoe pun tak tahu macam mana logiknya ia boleh di blend sampai tak nampak jerawat kemerahan itu tapi memang kebanyakan make up artist yang beri tips macam itu dan ia memang berkesan! Jangan risau, bila kita dah blend elok-elok, muka kita tak akan jadi warna hijau!

OREN

via GIPHY

Untuk warna oren pula, ia memang function kalau #Lunagirls ada panda eyes yang amat teruk. Selain itu, ia juga akan melembutkan area kulit korang yang ada pigmentasi. Sebagai concealer ia amat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit agak gelap dan tan untuk nampak lebih cerah tapi jangan letak banyak-banyak pula nampak cerah kulit itu pelik pula nanti make-up korang. Cukup sekadar letak di bahagian bawah mata dan kawasan yang kita nak cover.. Dan sangat penting untuk kita blend dengan baik!

MERAH

Marie Claire

Seterusnya adalah fungsi colour corrector atau concealer warna merah yang mana fungsinya lebih kurang sama dengan warna oren tetapi ia untuk tutup kehitaman yang memang terlalu parah. Setiap kulit kita semua ada masalah yang berbeza. Dan mungkin wujudnya colour corrector atau concealer warna merah ini sebab warna oren tidak dapat membantu nak tutup cela untuk sesetengah jenis kulit muka. Oleh sebab itu, yang warna merah ini memang membantu untuk korang yang hadapi masalah bekas jerawat kehitaman yang agak teruk.

PINK/ PEACH/ KUNING

via GIPHY

Disebabkan tiga warna ini lebih kurang sama warnanya iaitu warna pastel, jadi fungsi colour corrector atau concealer ini agak sama ia mampu samarkan warna kulit yang kusam, bintik-bintik hitam dan jerawat yang biasa-biasa sahaja. Kalau untuk yang teruk memang tak dapat cover guna warna ini. Selain itu juga, ia paling sesuai untuk korang yang kulit agak cerah nak cover segala flaw yang ada dikulit muka itu. 

Jadi macam mana #Lunagirls? Dah faham cara dan apa fungsi colour corrector atau concealer sekarang? Dengan guna colour corrector atau concealer ini mampu bantu kulit awak semua nampak flawless bila pakai make-up nanti tau! Sebenarnya, warnanya ada banyak lagi tapi biasanya kita akan guna empat warna ini sahaja waktu pakai make up. Yang muka memang dah bersih itu tak perlu guna pun tak apa, jimat duit! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Langkah Penting Sebelum Shopping Baju Online

Jenis Perfume Yang Korang Kena Tahu! No. 2 Fav Kami