in ,

Jauh ‘Terbang’, Zynakal Mula Mengamuk Di IG

Sumber gambar: https://www.instagram.com/p/B1GHrwyjPgy/

Terbang… Terbang… Terbang melayang seorang~ Rasa berterbangan pun ada bila nyanyi lagu ni. Tapi macam ada dengar benda tak best pulak tentang penyanyi lagu ni.

Korang pernah dengar lagu Terbang by Zynakal? Kalau korang perasan since semalam nama Zynakal macam ‘panas’ pula dekat social media lagi-lagi di Twitter lepas ada satu kejadian yang tak dijangka berlaku. Cuma sampai sekarang still tak tahu apa punca utama Zyn mengamuk macam tu sekali dekat Instagram dan akhirnya netizen drag isu itu sampai ke Twitter.

Ceritanya mula terjadi bila Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli up satu posting dekat Instagram meluahkan rasa marah dekat seorang muzik direktor sebuah radio tempatan. Tiba-tiba je Zyn post conversation antara mereka berdua tu dekat Instagram dan buatkan ramai orang tertanya-tanya apa punca utama Zyn mengamuk.

Apa yang lagi buatkan orang macam marah dekat Zyn ialah bila dia mula keluarkan kata-kata kesat dan dengan bangganya tunjuk dekat orang ramai termasuk fans sendiri. At the same time dia pun macam menjatuhkan nama station radio tersebut sampai buatkan ramai netizen rasa tak puas hati atas tindakan melulunya itu.

Sumber gambar

Tapi tak lama lepas tu Zyn decide untuk delete posting tu maybe sebab lepas terima banyak kecaman atau dia sendiri rasa benda tu tak patut dikongsikan pada umum. Since kejadian itu, ramai netizen mula persoalkan tindakan Zyn dan kecam dia dekat Twitter. Mula daripada Twitter, terus sampai ke Instagram ramai orang bash dia dekat ruangan komen dan minta dia buat permohonan maaf secara terbuka dekat station radio tersebut.

Ada juga yang beranggapan penyanyi muda berusia 21 tahun ini seakan-akan lupa diri lepas dah mula membina nama dengan beberapa lagi kumpulan indie yang mula meningkat naik. Hmm tapi maybe itu ialah salah satu batu loncatan untuk Zyn sendiri bina nama dalam industri hiburan. Buktinya sekarang dia pun dah mula buat kolaborasi dengan beberapa penyanyi lain. Zyn juga pernah cipta beberapa buah lagu berjudul Sabar (Ismail Izzani, Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli, Terasa Cinta (Fara Hazel dan Aiman Tino) serta banyak lagi lagu hit yang lain.

Cuma apa yang dia buat beberapa hari ini agak keterlaluan la sebab seakan-akan menjatuhkan maruah station radio dan individu yang disebutnya juga. Apa pun harap-harap isu ini cepat-cepat selesai. Semoga lepas ini ramai selebriti baru dapat ambik iktibar apa yang dah jadi sebab sedikit sebanyak mencalarkan nama mereka sendiri.

What do you think?

-10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Reti Tak Colour Bendera² Negeri?

Siapa Pedofilia Di Sekeliling Kita?