in ,

Main Phone Punca Tulang Jari ‘Lari’?!

Sumber gambar: https://www.livescience.com/33186-double-jointed-people-hypermobility.html

Eh kenapa jari macam bengkok sikit? Before this rasanya lurus je, tapi kenapa sekarang macam dah bengkok pula? Ada penyakit ke ni???

Siapa sama macam Ainaa? Dah check jari kelingking masing-masing? Kalau dah, korang check pula sama ada korang ni jenis 24 jam mengadap phone ke tak? Kalau ya, tahniah sebab jari korang mungkin bengkok disebabkan kuat main phone!

Kalau #Lunagirls nak tahu, situasi ini terjadi disebabkan jari kelingking terpaksa tampung berat phone. Tak mustahil kalau lama-lama jari kelingking korang jadi bengkok dekat bahagian tengah tu.

Ada seorang netizen share gambar jari kelingking dia berubah bentuk dan jarinya berlekuk. Bila dia perhati lama-lama benda tu memang sah disebabkan terlalu lama pegang phone sampai buatkan tulang dia bergerak sikit. Lagi-lagi bila tekanan pada phone yang lagi berat daripada jari kelingking kita.

Bukan setakat seorang je yang mengadu ada masalah tu, rupanya ramai juga netizen yang antaranya terdiri daripada teenagers alami perkara yang sama juga. Just imagine waktu kita pegang phone tu, ibu jari mesti akan bergerak-gerak taip mesej sampai jari kelingking terpaksa bertahan lama untuk pegang phone.

Sumber gambar: https://twitter.com/search?f=images&vertical=default&q=finger%20bent%20phone&src=typd

Kalau korang pun dalam kategori yang sama, mesti akan rasa lenguh pada jari-jemari kan? Sebab Ainaa pun selalu juga rasa benda yang sama, huhu! Tapi kalau dibiarkan lama-lama, takut tulang rawan dekat area sendi jari korang cedera dan jadi perkara yang tak diingini.

Tapi korang jangan risau sebab benda ni tak mendatangkan bahaya pun sebab ia bukanlah masalah serious, cuma kalau boleh kurangkan main phone dalam jangka masa yang lama. Sekali sekala bagi la jari jemari korang berehat sekejap okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Phone Android Hilang? Ni Cara Simple Untuk Cari!

Baju Sekolah Asyik Kotor? Ni Cara Kekalkan Warna Putih