in ,

Jarak Umur 17 Tahun Tidak Halang Harris Alif dan Intan Ladyana Bercinta?

Sumber gambar: www.instagram.com/harrisalif

Baru-baru ini, mesti korang ada dengar cerita tentang seorang penyanyi dan pelakon iaitu Harris Alif yang bercinta dengan seorang pelakon senior dalam industri iaitu Intan Ladyana. Kisah mereka berdua ini memang menjadi bualan netizen bukan sebab ada kisah yang pelik tetapi sebab jarak umur di antara mereka yang menyebabkan ramai orang terkejut. Iya lah, beza umur mereka ini memang jauh sangat iaitu 17 tahun. Woah! Bayangkan! Waktu Intan Ladyana tengah ambil SPM, Harris ini baru sahaja lahir? 

 

View this post on Instagram

 

best part

A post shared by @ harrisalif on

Ramai netizen mula bercakap tentang hal percintaan antara mereka berdua ini selepas Harris Alif ini kerap sangat muat naik gambar mereka bersama di akaun Instagramnya sendiri sejak dua menjak ini. Bila dah bergambar dekat dan kerap sangat, mesti lah ramai yang tertanya kan? Hehe! 

 

View this post on Instagram

 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

Bukan setakat itu sahaja, baru-baru ini juga Harris Alif yang pernah berlakon dalam cerita Geng Bas Sekolah ini siap memuat naik gambar dia dan Intan Ladyana pakai baju raya yang warnanya sedondon tau! Ha! Dari situ semua peminat pun dah tahu lah hubungan mereka berdua sebab Harris siap letakkan kapsyen pada gambar “second raya with ♡”. Selain dari itu, gambar swafoto mereka berdua dalam kereta sebelum raya pun ada tau! Dengan kapsyen “best part”. Woah! Best part apa itu Harris? Best part of my life kah?

 

View this post on Instagram

 

best part

A post shared by @ harrisalif on

Walau bagaimanapun, ramai sahaja netizen tak cakap lebih-lebih selain memperkatakan tentang jarak usia mereka berdua. Iya lah, Harris ini baru 21 tahun dan Intan pula bakal menyambut birthday dia yang ke 38 tahun pada Jun akan datang ini. Orang kata, kalau dah jodoh, umur itu belakang cerita lah kan? Betul tak? Katanya, Harris Alif ini dah pun kenali Intan Ladyana sejak 9 tahun yang lalu tapi sebab dulu kan kecil lagi, memang dalam fikiran mesti sekadar rakan sahaja. Akan tetapi, sekarang ini bila mereka bertemu di beberapa acara rasmi. Akhirnya, mereka berdua dedahkan hubungan sebenar mereka. Iya lah, diam lama-lama pun tak boleh juga. Nanti macam-macam spekulasi pula orang lain buat kan?

 

View this post on Instagram

 

messy hair don’t care ( bilalah dapat potong rambut)

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Bercakap mengenai perbezaan umur mereka yang agak jauh itu, Harris Alif juga tegaskan ia bukanlah menjadi satu halangan untuk hubungan yang serious. Ala, lagi pun keduanya sudah dewasa dan matang, betul tak? Apa-apa pun, kita doakan hubungan mereka berdua kekal sehingga ke pelamin lah ya satu hari nanti! Hehe! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Belajar Bahasa Korea Dengan Netizen Di Twitter

Aktiviti Kuarantin Gaya BTS Korang Boleh Cuba!