in ,

Jangan Tunggu Rambut Macam ‘Hantu Kak Limah’ Baru Nak Potong

Urghh baru je potong rambut dekat belah bawah, hari ini dah bercabang balik? Lecehlah asyik nak kena trim rambut je, ingat murah ke potong rambut?!

Amboi sis, jangan marah-marah mohon bersabar ya. Actually nak jaga rambut bukan hanya setakat kena pakai syampu yang betul, tapi kesihatan rambut pun penting juga tau. Sebab itu kalau ada rambut bercabang, kita kena selalu potong supaya tak rosakkan pertumbuhan rambut dan rambut akan nampak sentiasa sihat bermaya seperti Maya Karin! Opss!

via GIPHY

At the same time, ada juga yang percaya kalau kita kerap potong rambut, rambut akan cepat panjang. Betul ke? Tapi ada orang cakap yang makin kerap kita potong rambut, makin sihat rambut tu. Ada betulnya juga sebab kita dapat cegah masalah rambut yang akan tumbuh di kemudian hari nanti.

Biasanya masalah rambut yang selalu kita hadapi ialah;
– Kelemumur
– Rambut bercabang
– Rambut berminyak
– Rambut kering
– Jerawat kulit kepala

Ikutkan kata seorang pakar rambut selebriti dari Amerika, Angela C Style, dia ada bagitahu tentang kekerapan yang disarankan untuk potong rambut which is bergantung pada tekstur rambut kita. Orang yang rambut lurus kena selalu trim rambut at least setiap enam ke 10 minggu sekali berbanding rambtu kerinting atau beralun.

Image result for masalah rambut
www.wom.my

Untuk yang berambut kerinting atau beralun, disarankan potong rambut dua ke tiga bulan sekali saja. Semua kekerapan ini depends pada gaya yang korang nak cuba. In case nak kekal rambut panjang, just trim bahagian bucu rambut atau bahagian depan rambut yang kita panggil fringe, barulah kemas.

Actually, ‘kepercayaan’ tentang lagi kerap potong rambut, lagi cepat panjang itu tak betul pun. Melainkan korang pakai tonik khas untuk pertumbuhan rambut atau selalu urut kulit kepala. Macam yang Ainaa cakap tadi, trim rambut yang bercabang untuk elakkan rambut korang rosak, itu sahaja. Jangan tunggu rambut korang dah kembang macam span, rosak atau jadi macam hantu Kak Limah, baru terkial-kial nak potong rambut ya.

via GIPHY

Last but not least, kalau sayang sangat nak potong rambut, janganlah langsung tak potong sampai cecah enam bulan. Jangan takut nak potong rambut sebab rambut yang pendek akan panjang juga nanti. Tapi Ainaa sendiri pernah menangis sebab terpaksa potong rambut, end up sekarang ini kali terakhir potong rambut waktu bulan April dulu kot, huhu!

Why not korang share dengan Ainaa macam mana cara korang jaga rambut? Maybe dengan cara selalu pergi saloon, or treatment ke? Mana tahu one day kita boleh pergi saloon sama-sama? Ehh ada yang sudi ke? PM tepi sis..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nak Bertahan Dengan Kawan Minat K-Pop #Redha

Perlu Ada Akaun Kedua Di Media Sosial Sebab…