in ,

Jangan Terpedaya Beli Tiket Travel Murah!

Sumber gambar: thestar.com.my

Perasan ke tidak? Atau antara orang yang dah beli pun tiket penerbangan sebab tengah ada promosi yang kaw-kaw oleh banyak syarikat penerbangan? Ish-ish! Kita ini manusia memang mudah sahaja kan tergoda dengan macam-macam hal seperti diskaun. Tetapi korang tahu tak, sebenarnya korang tidak boleh terlalu cepat ambil keputusan untuk beli tiket penerbangan murah lebih lagi China, Korea Selatan, Jepun dan lain-lain.

via GIPHY

Iya lah, mesti ramai juga yang ambil kesempatan nak pergi ke Korea utamanya sekarang sebab katanya nak jumpa K-pop idol kononnya tapi sanggup nak gadai kan kesihatan korang kan? Korang tahu atau tidak, sebenarnya kebanyakan syarikat penerbangan mereka mengurangkan jualan dan buat promosi murah ke negara yang dilanda koronavirus khususnya adalah untuk kurangkan penularan wabak COVID 19 atau lebih dikenali sebagai koronavirus.

via GIPHY

Jadi, untuk korang semua yang memang dah lama sangat teringin nak pergi travel ke mana-mana negara yang terkena COVID 19 ini, sebaiknya korang elakkan dan tangguh perjalanan korang buat masa sekarang sebab jalan-jalan itu, duit boleh dicari walaupun mahal tetapi kesihatan dan modal korang nak rawat kesihatan itu tidak ternilai tau daripada jumlah yang korang labur dengan wang nak pergi travel itu.

via GIPHY

Apa kata, daripada korang gigih nak pergi travel jauh-jauh sampai ke negara yang memang sudah mempunyai mangsa yang dijangkiti COVID 19 itu ramai, why not korang melancong di dalam negara sahaja. Korang bukan sahaja membantu negara untuk tingkatkan ekonomi domestik tapi korang pun mungkin boleh cover satu Malaysia yang ada 13 negeri dan satu wilayah ini. Mana tahu, lama-kelamaan melalui gambar yang korang post di media sosial itu akan menarik perhatian orang luar negara dan akan datang melawat Malaysia sebab negara kita memang cantik dan menarik!

via GIPHY

Bukan setakat itu sahaja, negara kita pun memang unik sebab kita ada variasi kaum, bangsa dan agama yang hidup dalam keadaan yang sungguh harmoni. Hal itu juga yang buatkan ramai orang tertarik dengan Malaysia tau! Korang tak bangga ke? Hehe! Apa-apa pun, korang janganlah buta sangat dengan segala promosu sebab walaupun harga tiket dan pakej pelancongan murah tetapi rawatan untuk virus ini mahal. Ia juga mungkin boleh  menjadi percutian terakhir anda… ha! Takut kan! 

via GIPHY

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suka Cerita Seram? Ini Movie Korang Kena Tengok!

Tak Perlu Beli Baru, Ini Cara Hitamkan Semula Pakaian Hitam