in ,

Jangan Takut Masuk Tingkatan 6, Ini Sebabnya…

Sumber Gambar: https://www.briantracy.com

Hai #Lunagirls! Tak lama lagi result SPM akan keluar.. ada yang berminat masuk tingkatan 6? Ha! You go girls! Ramai yang takut untuk ambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebab dikatakan peperiksaan paling susah di Malaysia dan ketiga paling susah di dunia! Tapi sebenarnya, ada banyak kelebihan kalau korang sambung STPM tau.. harini LUNARIA senaraikan khas untuk korang  bakal sambung tingkatan 6!

PAKAI BAJU BIASA

via GIPHY

Kalau dulu pelajar tingkatan 6 perlu pakai baju sekolah macam pelajar yang lain, tapi sekarang tak lagi! Yay! Korang boleh pakai apa saja, tapi mestilah beradab dan mengikut peraturan tau. Lagi-lagi kalau nak buat presentation, kenalah pakai baju formal. Barulah rasa macam student college sikit walaupun dekat sekolah! Hihi!

LEBIH MURAH

Sumber Gambar: https://digitallearning.eletsonline.com

Biasanya lepas dapat keputusan SPM mesti kita akan terfikir untuk pergi ke college untuk menyambung Foundation atau pun Diploma kan? Kalau masuk college mungkin akan memerlukan duit lebih sikit, tapi untuk STPM yurannya lebih kurang sama yuran sekolah kita! Mungkin ada extra sikit untuk preparation exam nanti!

TERUS KE IJAZAH

via GIPHY

Ha! STPM ni adalah satu ’jalan’ untuk kita terus sambung Ijazah Sarjana Muda tau! Jadi selain murah, ia juga tidak membebankan kita untuk membayar di kemudian hari. Bayangkan Diploma memerlukan lebih kurang RM 30 ribu bergantung dengan jurusan yang di ambil.. tu tak termasuk lagi kalau sambung Degree! Fuhh banyak nak bayar tu..

HAPPY DAN TIDAK STRESS

Sumber Gambar: http://english.astroawani.com

Kenapa? Sebab tingkatan 6 kurang culture baru untuk korang adapt. Apa yang berubah mungkin sekolah dan kawan-kawan, tapi situasi di dalam kelas masih sama. Dan akan ada subject yang di bawa dari SPM dan beberapa subject tambahan. Walaupun tak ada jurusan specific yang kita boleh pilih masa STPM, tapi nanti untuk Degree korang boleh pilih tau!

Jadi macam mana #Lunagirls? Berminat tak untuk sambung tingkatan 6 nanti? Selain duit, ia juga mengurangkan masa korang untuk ke satu peringkat seterusnya.. STPM memerlukan 2 tahun je!  Ada tak ex tingkatan 6 yang baca ni? Jom comment sikit dan kongsikan kata semangat untuk #Lunagirls yang bakal sambung tingkatan 6 nanti! Hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Beli Mask, Korang Kena Tahu Ni!

Tukar! Sebelum Ia Menjadi Penyakit