in ,

Jangan Tahu Main Saja, Ini Cara Control Media Sosial

Sebenarnya media sosial adalah satu medium yang bagus sebab ia menghubungkan kita dengan orang lain. Tapi bukan sewenang-wenangnya kita boleh salah gunakan kemudahan yang dah ada tau. Ada juga orang gunakan social mediaΒ sebagai ‘diary’ untuk dia kongsikan segala masalah atau kegembiraan yang berlaku dalam hidupnya. Tapi korang still kena pandai untuk control segala aktiviti dan informasi yang korang bakal kongsikan secara umum di media sosial. Caranya ialah dengan…

KENALI PRIVASI

via GIPHY

Korang mesti tak nak orang pelik-pelik follow social media korang betul tak? That’s why ada sebab kenapa wujudnya privacy setting. Bukan itu saja, korang pun kenalah tahu apa yang perlu dikongsi dan apa yang tak sepatutnya dikongsikan dekat situ. Contohnya maklumat tentang tempat tinggal, nombor phone atau privasi keluarga. Tak semua followers yang follow social media, korang kenal betul tak? Takut ada yang salah gunakan perkongsian korang itu untuk buat benda yang tak elok pula.

BERTANGGUNGJAWAB

Bukan dengan hidup je kita kena ada sifat tanggungjawab, tapi dengan social mediaΒ pun korang kena lebih bertanggungjawab tau. Segala macam yang korang share dekat situ ialah tanggungjawab korang sendiri. If anything happen, memang korang yang kena tanggung. Sebab itulah kenapa korang kena tahu apa perkara yang boleh dikongsi dan tak patut dikongsi. Buatnya korang main seronok je twit something tentang orang lain dan perkara itu tak benar, ia bakal memudaratkan diri sendiri.

TENTUKAN BATASAN AKSES

Image result for no internet
neatoshop.com

Biasanya kalau korang explore Internet, apa yang korang cari selain main social media? Adakah korang akan search something rare atau perkara yang tak sepatutnya korang search? Tak semua benda korang boleh explore dekat Internet, lebih lagi untuk kanak-kanak bawah umur. Kita yang dah besar pun still kena tahu batasan untuk akses apa-apa website supaya ia tak memudaratkan diri sendiri. At the same time, hadkan juga masa penggunaan social media. Bagi otak kita rehat sekejap daripada asyik mengadap phone je.

Internet tak salah langsung sebab ia bagi maklumat pada kita. Cuma yang salah ialah kita sendiri sebab tak tahu nak control our own social media. Lepas ini korang kena selalu berjaga-jaga dengan segala macam social media okay?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Bila Boys Ada Ramai Kawan Perempuan

BTS ARMY Help Center Bantu Mereka Yang Alami Masalah Mental