in ,

Jangan Selalu Timbang Berat Kalau…

Sumber gambar: https://hellosehat.com/penyakit/kenaikan-berat-badan-yang-tak-disengaja/

Girls dengan penimbang berat ni boleh dikatakan as BFF juga la. Kalau boleh setiap hari nak timbang berat untuk make sure badan maintain je. Tapi sebenarnya kita ada tips untuk timbang berat tau, bukan sesuka hati je nak timbang. Tipsnya ialah…

JANGAN TIMBANG SETIAP HARI

via GIPHY

Korang ni tergolong dalam golongan yang suka timbang berat setiap hari atau tak? Kalau ya, please stop harini sebab ia akan mendatangkan lagi tekanan pada badan. Badan korang akan rasa stress sebab tak capai berat yang diinginkan, akhirnya buatkan badan lagi tambah berat.

TIMBANG MASA EMOSI TAK STABIL/PERIOD

via GIPHY

Waktu period, mood korang akan jadi tak stabil dan badan pun bercelaru. Jangan pula waktu tu korang gatal pergi timbang berat badan. Waktu tu badan akan menyerap lebih banyak air dan buatkan berat badan bertambah sebanyak 1/2kilogram.

GUNA PENIMBANG BERKUALITI

via GIPHY

Jangan kedekut sangat ya girls, beli la penimbang yang berkualiti sikit. Biasanya penimbang yang murah akan bagi bacaan yang berlainan bila dah banyak kali digunakan. Lagi elok kalau beli yang jenis digital, so that korang boleh tahu lebih specific berapa berat badan korang waktu tu.

SEBELUM BERSENAM

via GIPHY

Biasanya kalau nak bersenam mesti waktu pagi kan? So before korang pergi exercise pagi tu, timbang dulu berat badan sebab waktu tu bert korang adalah yang paling tepat sekali. Lepas exercise, badan akan kehilangan banyak cecair sebab badan korang keluarkan peluh. After dah settle exercise tu, boleh la timbang lagi untuk tengok berapa kilogram korang dah hilang.

Lepas ni boleh la korang susun strategi bila nak turunkan berat badan. Confirm dalam masa sebulan semua #Lunagirls dah slim! Ikut tips ni kalau nak timbang berat ya girls.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Sotong Kurita Hidup Buat Kita Mati?!

Jangan Malu Kening Tebal, Kan Boleh Sikat…