in ,

Jangan Sedih Kalau Boyfriend Curang, Buat Je Macam Ni…

Sumber gambar: https://www.videoblocks.com/video/holding-up-bloody-chainsaw-horror-h3vbq4tdirchzzm7

Haihh, call tak angkat, WhatsApp tak reply. Tapi bila call guna WhatsApp, terus keluar notification ‘on another call’? Tengah call siapa pula malam-malam?!

Fuhh geram je kita ni bila dapat tahu si dia curang. Tahu la cinta monyet ni tak confirm bawa ke pelamin, tapi kalau dah tak suka tak perlu la nak curang. Takkan nak dibiarkan pula? Jom Ainaa ajar korang apa nak dibuat kalau kita dapat tahu si dia curang!

TANYA

via GIPHY

First step, of course kena tanya dia dulu sama ada betul ke tidak yang si dia curang? Kalau tak mengaku, tak apa. Korang terus tanya sampai la dia mengaku. Tapi biasanya kalau dah kantoi mesti dia taknak mengaku. Silap haribulan dia pusing cerita untuk make sure tak terus kantoi.

SIASAT

via GIPHY

Dah kalau dia taknak mengaku, korang kena la ke step yang seterusnya. Siasat sehabis boleh, memang nampak macam psycho tapi daripada korang terus kena tipu baik siasat terus. Jangan pula sampai tahap korang nak kawal pergerakan dia, nanti lagi la menjadi-jadi.

BINCANG

via GIPHY

Bukti semua dah ada, kini masanya untuk ajak si dia berbincang secara rasional. Korang pun jangan la terus marah bila berbincang. Act like an adult okay girls. Maybe ada sebab kenapa si dia curang dengan korang, tapi jangan la sampai korang pula yang rasa serba salah atas kecurangan dia tu.

ANGKAT KAKI

via GIPHY

Semua benda dah buat tapi benda still sama juga? Tunggu apa lagi girls, gerak la. Tinggalkan je toxic relationship macam tu, korang pun still sekolah lagi kan. Nanti lepas habis SPM, confirm dapat boyfriend yang lagi herlok daripada tu. Jangan korang pula meroyan lepas dah tinggalkan si dia ya.

Ingat, sekali si dia dah curang dengan korang mesti lepas ni dia akan curang lagi. Maaf la sis emosi sikit bab curang ni. Huhu! Jom share sikit experience korang dicurangi.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Punggung Boleh Leper?

Makanan Korban Hari Raya Aidiladha!