in ,

Jangan Sebab Tudung, Rosak Mood Raya!

Sumber gambar: innersejuk.com

Hello hijabis #Lunagirls! Tudung raya dah beli ke tu? Dah tahu nak pakai tudung jenis kain apa? Style macam mana pula? Pesanan Ainaa kita kena practice dulu before pagi raya ya.. pagi raya nanti tak ada laa kelam kabut nanti.. Untuk memudahkan pagi raya korang, meh Ainaa nak suggest beberapa tudung yang senang untuk korang pakai!

COTTON JERSEY

Sumber gambar: https://my.carousell.com/p/shawl-cotton-jersey-193192961/?hl=en

Selain sejuk dan mudah bentuk, tudung jenis cotton jersey ni pun sejuk dan ringan! Kalau korang jenis yang suka simple, tudung cotton jersey sangat sesuai sebab jenis kainnya seakan-akan getah. Ada banyak pilihan, antaranya jenis shawl biasa dan ada yang sekali dengan anak tudung. Letak dekat kepala, pin satu dekat tepi kepala then selempang, siap! Senang la nak basuh pinggan juga, tak ada la kepala tu rasa berpeluh. Hehe!

COTTON BIASA

Sumber gambar: http://www.mulawafashion.com/2013/06/beli-borong-tudung-bawal-kosong-brand.html

Tudung cotton ni ada banyak jenis dan kebanyakannya selesa untuk dipakai serta serap peluh. Untuk cotton biasa, ada banyak gred dan senang untuk dibentuk lagi-lagi kalau jenis bawal. Tapi ada certain tudung bawal cotton susah nak dibentuk, kalau nak lebih secure korang boleh gunakan hijab starch je. Jenis tudung cotton ni sangat ringan dan agak nipis. Nampak ayu dan sopan je kalau pakai tudung cotton ni nanti!

CHIFFON

Sumber gambar: https://my.carousell.com/p/bawal-chiffon-170451870/?hl=en

Tak kisah tudung bawal atau shawl chiffon sekali pun, dua-dua tu sangat selesa di pakai. Tapi sometimes leceh juga nak pakai sebab jenis kain licin dan sensitif. That’s why kalau nak pakai tu, kena extra careful supaya tajam dekat atas tu terbentuk dengan sempurna. Kalau pakai tudung chiffon, korang kena pandai pilih anak tudung sebab tak mustahil nanti korang akan moody sebab tudung ‘lari’ dari kepala. Before beli, make sure pilih kain tebal dan tak terlalu keras.

SATIN

Sumber gambar: https://twitter.com/dewirosliiiiiii/status/1127965165264064515

Untuk tudung satin pula, ada banyak jenis tau! Antaranya satin silk, satin crepe and satin matte! Antara banyak-banyak pilihan tu, korang kena gandingkan dengan anak tudung yang sesuai. Kalau ikutkan trend, tudung satin ni termasuk dalam tudung favorite ramai orang. Depends pada jenis kain sebab ada yang keras sikit. Kalau keras korang kena guna style yang sesuai supaya rasa selesa even lepas dah makan banyak benda.

Kalau nak list jenis tudung yang cantik dipakai pagi raya, satu page pun tak cukup girls sebab ada banyak sangat pilihan menarik. Bergaya tu bergaya juga, jangan sampai tudung buat hal korang terus moody sepanjang hari ya!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

 Fesyen Raya Pelik 2019!

Tak Bawa Barang Ni Balik Kampung, Tak Raya La Nanti!