in ,

Jangan Ramas Tudung, Nanti Rosak!

Sumber gambar http://www.cinema.com.my/articles/news_details.aspx?search=2014.n_mattudungtickles_20469&title=-Mat-Tudung-tickles-your-bones

Benda paling annoying time nak pergi sekolah, adalah bila tudung buat hal. Rasa nak marah je and  mesti for the whole day akan moody. Alahai, sabar ya #Lunagirls, Ummi faham! Jom Ummi share tips penjagaan tudung, masa Ummi dekat sekolah dulu.

BASUH GUNA TANGAN

Sumber Gambar: https://home.kapook.com

Girls! Please, jangan malas tau basuh tudung guna tangan, sebabnya bila basuh guna mesin, tudung korang akan bercampur dengan pakaian yang lain. Lama kelamaan tudung tu bukan je akan membesar, tapi akan bercampur color jugak. Seeloknya korang jangan campur basuh pakaian putih dan pakaian yang berwarna, especially tudung.

RENDAM

Sumber Gambar: http://appliancerepair-orangecounty.com

Bila basuh guna tangan ni, korang tak perlu pun nak sental kuat-kuat tudung tu. Hanya perlu rendam dengan air yang bercampur pelembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air biasa, lepas tu boleh dah jemur. Kalau korang rendam, kotoran pun akan senang hilang berbanding kalau korang berus tudung tu.

JANGAN LIPAT

via GIPHY

Kalau boleh lepas jemur tu, biarkan je tudung korang tergantung dekat hanger. Jangan sesekali lipat sebab ia akan membuatkan awning tudung korang terkelepet masa nak iron dan susah untuk dibentuk.

BELI SPRAY

via GIPHY

Sekarang banyak tau product untuk nak bentuk awning ni. Korang hanya perlu spray je dan ia akan kembali ke bentuk asal. Tapi kalau buat cara traditional pun boleh juga dengan mengggunakan lilin je, mesti awning tudung korang takkan rosak, dan sentiasa on point, girls! Caranya korang hanya perlu titikkan wax lilin ke awning tudung, dah siap, senang je kan!

Sensitive juga nak jaga tudung ni. Lepas ni korang mesti takkan ada masalah dengan tudung sekolah lagi. Haa, tapi cuba try follow tips yang Ummi bagi ni nanti ok?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gang Kena Kejar Dengan Zombie

Instagram Akan Disable Orang Tengok Berapa Likes Kita?