in ,

Jangan Percaya Berita Palsu! 4 Sumber Info Covid 19 Yang Boleh Korang Percaya

Sumber gambar: www.malaymail.com

Memang tak dinafikan, bila dah ada banyak kemudahan untuk kita dapatkan berita dan sumber informasi maklumat terkini. Teknologi yang sedia ada itu sangat membantu semua orang tetapi jadi tak seronok bila ada beberapa pihak yang tak bertanggungjawab sebarkan berita palsu dan tidak benar melalui group chat atau media sosial lebih lagi dengan situasi perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak Covid 19.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sumber gambar: MOH

Antara pihak yang paling korang perlu ambil tahu tentang maklumat kebersihan dan cara cegah Covid 19 yang betul adalah KKM. Korang jangan pernah percaya mana-mana pihak lebih lagi yang cuba untuk cari keuntungan pada waktu ini dengan membeli ubat yang kononnya boleh menyembuhkan Covid 19 sebab jika banyak pakar kesihatan pun masih belum jumpa ubat sebenar, macam mana mereka boleh jumpa dulu? Aneh….

UTUSAN RAJA ATAU PERDANA MENTERI

Sumber gambar: PMO

Selain itu, arahan duduk di rumah dan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang telah diberitahu dan diperutus oleh Raja dan Perdana Menteri, korang perlu patuhi. Biasanya, jika akan ada apa sahaja hal yang berkaitan negara pasti Perdana Menteri atau Raja akan membuat perutusan dari masa ke semasa. Jangan percaya dengan berita yang tidak sepatutnya seperti contohnya negara terlalu darurat atau lain-lain seperti perintah berkurung sebab itu tidak benar okay!

BERITA SEMASA

Sumber gambar: xtra

Sekarang ini, kalau korang buka televisyen atau radio, memang korang tidak akan terlepas langsung tentang berita mengenai Covid-19. Bukan setakat dari segi kesihatan, malah pendidikan, ekonomi, industri pemakanan dan banyak lagi juga akan ada berita semasa yang akan disampaikan. Jadi, lebih baik korang tonton berita.

OUTBREAK.MY

Sumber gambar: outbreak.my

Laman sesawang seperti outbreak.my juga antara sumber maklumat yang kita boleh percayai sebab di situ mereka akan update total berapa banyak pesakit yang meningkat, berapa jumlah kematian, berapa jumlah yang sudah sembuh dan kawasan mana yang ada kes Covid 19 dan lain-lain, korang boleh klik sahaja peta outbreak.my.

Setakat ini, apa yang patut kita lakukan jika dapat maklumat dari sesiapa. Jangan terlalu percaya 100% sebab ia belum tentu lagi benar melainkan ia sudah dikeluarkan oleh pihak yang boleh kita percaya seperti kementerian, perutusan dari Raja atau Perdana Menteri, berita semasa atau laman sesawang yang sentiasa update tentang jumlah yang betul seperti outbreak.my. Kalau tak pasti, mungkin korang boleh cuba tanya orang lain seperti ibu, ayah atau adik-beradik korang yang lain sebab mereka mungkin adalah orang yang sentiasa ambil tahu dan tonton berita. Kalau tidak, apa kata korang sendiri yang rajinkan diri sendiri untuk ambil tahu update?Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Rare Yang Terjadi Bila Lama Tak Keluar Rumah

Ini Korang Kena Tahu Sebelum Pakai Braces