in ,

Jangan Malu Kening Tebal, Kan Boleh Sikat…

Sumber gambar: https://www.manrepeller.com/2017/11/sophia-hadjipanteli-instagram-model-with-a-unibrow.html

OMG! Malunya bila ada orang cakap kening tebal ni tak cantik sebab banyak sangat bulu dekat muka! Sampai self confident pun jatuh merudum ke tanah merah…

Chill girls! Sekarang kening tebal dah jadi trend tau sampai siap sikat ke atas lagi nak bagi nampak ketebalan dan kepanjangan kening kita. Dan kalau #Lunagirls perasan, now dah ramai selebriti Malaysia bangga miliki kening yang tebal tau.. Dekat bawah ni Ainaa ada list beberapa kelebihan geng kening tebal ni!

LEBIH CANTIK

Hello? Korang pernah ke nampak girl kening tebal yang tak cantik? Since Ainaa pun geng kening tebal sama macam korang, kita ni sebenarnya bertambah cantik tau! Tengok la Elfira Loy, kening tebal pun still lawa lagi, dia siap sikat lagi kening bagi terurus. So, kita pun boleh la sikat juga kening tu, baru la crush nampak yang kening kita ni purrrfect!

LEBIH BERHATI-HATI

via GIPHY

Kalau ada rasa something fishy, kita mesti akan lebih berhati-hati dan tak mudah percaya sesuatu bulat-bulat. Kita pun boleh dikatakan sebagai orang yang degil dan tak mudah putus asa! Tapi jangan la sampai tak percaya orang lain pula, kena la juga percaya dengan orang lain ya.

RASA INSECURE

via GIPHY

Since sekarang ramai orang sibuk nak lukis kening, nipiskan kening and so on, mesti geng kening tebal rasa insecure je dengan semua tu.. Sometimes sampai buatkan hilang keyakinan diri sampai ganggu emosi. Tapi sebenarnya korang tak tahu yang kita ni lain daripada yang lain tau sebab tak ramai girls yang dilahirkan kening tebal. Muka kita nampak lebih unik dan special girls! Sentiasa lain daripada yang lain!

TEGAS DAN BERSEMANGAT

via GIPHY

Kalau A, mesti A la jawapannya bukan B atau C! Nampak la sifat ketegasan dekat situ sebab kita dah set dalam kepala kena tegas dalam setiap perkara supaya diri jadi lebih disiplin! Bukan tu je, kita ni pun jenis yang semangat dalam setiap perkara. Sama la dengan semangatnya kening tebal kita tu, hehe!

So girls out there! Please jangan malu dengan kening tebal kita ni ya sebab ia ibarat kita punya kelebihan! Jom share sikit gambar kening tebal korang tu dekat Ainaa, boleh la kita buat collage. Hehe~

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Selalu Timbang Berat Kalau…

ARMY Bersedia Untuk Dapatkan Anak Patung BTS!!💞