in ,

Jangan Ingat Period Boleh Maki Orang Lain!

Sumber gambar: dramabeans.com

Alamak Mira, mentang-mentang tengah period, suka hati je nak maki orang lain. Ingat orang lain tak ada perasaan ke?

Ishh, tak sukanya girls yang asyik nak marah dan bad mood setiap kali period. Ya tahu period buatkan mood kita tak stabil sampai semua benda jadi tak kena dalam diri. Tapi itu bukanlah alasan untuk korang marah semua orang. Nak moody biarlah bertempat, tapi takkan kalau boyfriend tak reply text cakap ‘i love you’ sampai nak campak phone? BTW, kita kena fikirkan perasaan orang lain juga, takut-takut jadi macam ini…

KENA MAKI SEMULA DENGAN ORANG SEKELILING

Image result for shout meme
Sumber gambar: Youtube

Ya, macam yang Ainaa cakap tadi. Period memang buatkan emosi kita terganggu. Rasanya semua orang faham benda ni dan orang sekeliling kita akan sehabis baik untuk jaga perasaan kita sebab tahu kita ni tengah sakit. Tapi kalau sebab benda kecil pun korang nak mengamuk, siapa tak bengang kan. Kita pun kena la faham, sampai bila orang sekeliling nak kena ikut kehendak kita je semata-mata sebab kita tengah period. Risau silap haribulan korang kena maki balik dengan orang sekeliling tu. Ye la, semua benda asyik tak kena je, memang korang kena balik la kan.

BOYFRIEND GIVEUP, GOODBYE GIRL

via GIPHY

Benda ni la yang akan buat korang double moody. Dah la tengah tahan period pain, sekali boyfriend dah give up sampai minta putus. Tu la, siapa suruh ikutkan perasaan sangat. Si dia pun dah tak boleh tahan, so jalan terakhir yang dia boleh ambil ialah break up. Korang juga yang terkontang-kanting lepas tu. Nak menyesal sebab selalu moody tu pun dah tak ada gunanya sebab semuanya dah terlambat. Agaknya si dia dah ada girlfriend baru yang boleh tolerate dengan dia walaupun tengah period.

ORANG LAIN PUN MALAS NAK LAYAN

via GIPHY

Family, BFF, boyfriend, crush, classmate, jiran sebelah atau makcik kantin pun boleh jauhkan diri  dan malas nak layan korang kalau asyik nak ikut moody sendiri je. Risau bila korang datang kantin dengan muka ketat tu, makcik kantin pun tak ada hati nak serve korang. Pandai-pandai la ambil makanan sendiri. Lagi pula kalau kawan rapat pun mula jauhkan diri bila mereka tahu korang tengah period. Jangan terkejut la kalau dalam masa seminggu tu kawan korang semua menjauhkan diri. Ye la. risau kena maki. Baik mereka semua jauhkan diri dulu sebelum terkena.

JANGAN BAGI ALASAN PERIOD LAH!

Image result for period meme
Sumber gambar: buzzfeed

Bila moody sikit, bagi alasan period atau period pain. Alaaa, lama-lama semua orang tak kisah dah kalau korang bagi alasan macam tu. At the same time benda tu pun akan buat korang dibenci oleh orang sekeliling. Bukan tu je, ia juga akan memudaratkan diri korang. Terlampau ikutkan perasaan sampaikan korang kehilangan kawan dan orang tersayang. Boleh jadi perangai korang tu pun tak digemari oleh family. Nanti tak ada sesiapa nak kawan dengan korang, baru tahu!

Ingat tau, period ni bukan green light untuk korang nak maki hamun orang lain. MAlamak dia ni, mentang-mentang la tengah period, suka hati je nak maki hamun orang oody tu bukan alasan yang kukuh untuk bagi layanan buruk pada orang lain. Korang kena fikirkan perasaan orang lain juga tau, bukan perasaan korang je yang penting. Jangan sebabkan ikutkan perasaan sampai korang sakitkan hati orang lain.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Vagina Terasa Gatal & Kering? Amalkan Makanan Ni…

Cara Elak Haters Di Social Media!