Hello #Lunagirls, siapa dekat sini yang suka guna make up? Ha! biasa guna make up korang ada tak pakai asas make up sebelum pakai yang heavy. Sebenarnya perlu tau #Lunagirls untuk kebaikkan kulit, dan untuk make up korang kekal tahan lama ye. Jadi LUNARIA nak share sikit asas makeup untuk beginner.
PENCUCI MUKA
Item yang paling wajib ye #Lunagirls, korang kena cuci muka sebelum nak make up. Kalau boleh 30 minit sebelum nak make up, untuk bagi kulit korang moist balik.
TONER
Toner mempunyai pelbagai kegunaan tau, antaranya membebaskan kulit korang dari sel-sel kulit kusam dan menghidratkan kulit, juga membekalkan nutrisi pada kulit. Tapi #Lunagirls korang hanya perlu dap dap je kapas, jangan sesekali menyapu sebab toner itu akan kering dengan cepat. Biarkan toner kering sendiri.
SERUM
Penggunaan item ni bergantung kepada keadaan kulit korang, sekiranya korang sentiasa terdedah dibawah cahaya matahari memang disarankan ye.
PELEMBAP
Fungsinya adalah untuk melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar serta melembapkan. Selalunya, orang pakai pelembap dulu sebelum serum tapi actually elok serum dulu ye untuk menyerap lebih banyak mineral dan vitamin.
PRIMER
Terakhir sekali sebelum korang make up, korang kena apply primer tau. Seloknya cari primer yang mempunyai silikon sebagai bahan utama, sebab ia akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut. Make up korang pun akan tahan lama okay.
Selepas guna asas yang LUNARIA mention ni, baru korang apply foundation, concelar dan sebagainya. Mesti lepas ni kulit korang akan lebih fresh dan makeup korang takkan cepat turun walaupun dalam terik panas matahari. Selamat mencuba #Lunagirls!
Comments
0 comments