in , ,

Jangan Cuak Kalau Muka Breakout.. Bertenang Dan Cuba Tips Ini

Sumber gambar: infosebenar.com

Dalam dunia ini, memang tak ada seorang pun yang suka dan gembira apabila muka mereka breakout. Kalau korang ini antara salah seorang yang ditakdirkan tak pernah merasai muka breakout itu, korang patut bersyukur sangat-sangat tau! Sebab dalam dunia ini, memang ramai yang nak berada dalam posisi hidup korang itu. Muka breakout ini sebenarnya berpunca dari banyak faktor antaranya keadaan sekeliling, diet pemakanan, rutin kebersihan korang dan banyak lagi. Jadi, untuk korang yang muka tiba-tiba breakout itu, memang wajib baca tips ini. Nanti tak ada lah korang panik dan cuak, lepas itu habiskan banyak duit untuk produk yang tak sesuai yang berlambak di pasaran semata nak kulit flawless dengan cepat.

BERHENTI GUNA PRODUK YANG SEKARANG

via GIPHY

Lambakan produk kosmetik dan penjagaan kulit yang ada sekarang ini memang menarik perhatian ramai orang. Ramai juga yang impikan kulit kekal awet muda dan flawless sampai terpengaruh untuk mencuba pelbagai produk. Sebaiknya, korang guna yang sesuai dengan kulit muka korang saja dan berhenti untuk gunakan produk yang tidak sesuai dengan kulit korang. Ini sebab semua review yang dipapar di pasaran ini, tidak semestinya sesuai dengan kulit korang. Bila kulit korang yang elok itu, tiba-tiba naik macam-macam masalah. Seeloknya korang, stop terus dan back to basic skincare sahaja.

CUBA 2 ATAU 3 LANGKAH SKINCARE SAHAJA

via GIPHY

Bila kulit muka dah breakout, memang susah untuk kita nak elokkan semula dalam masa terdekat sebab ia memang akan ambil masa. Back to basic skincare ini sebenarnya sangat membantu untuk betulkan semula kulit korang. Cukup dengan mencuci muka dengan bersih, pakai toner dan pelembap pun sudah memadai. Biasanya, kulit muka breakout ini, kulit dah bagi signal yang korang tak boleh over limit tau!Β 

SUMBER SEMULAJADI LEBIH BAIK

via GIPHY

Antara cara lain yang boleh bantu untuk kulit muka breakout juga adalah dengan menggunakan sumber semula jadi sebab kandungannya lebih asli dan baik yang bantu proses kulit jadi lebih sihat. Antara sumber semula jadi yang mampu bantu muka breakout adalah aloe vera, air beras, bedak sejuk yang diperbuat dari beras dan juga masker kunyit. Elakkan guna bahan seperti timun, lemon, baking soda dan yang lain sebab tidak semua bahan ini membantu kulit breakout korang, malah akan ada masalah kulit lain pula yang boleh muncul.

JUMPA PAKAR KULIT

via GIPHY

Jika dah guna pelbagai cara pun masih tidak menjadi. Sebaiknya, korang jumpa terus pakar kulit atau dermatologist, sebab mereka akan membantu korang dari segi klinikal. Sekaligus, mereka juga boleh beritahu tentang apa yang sesuai dengan korang ataupun tidak.

BETULKAN DIET SEMULA

via GIPHY

Seterusnya, betul kan juga diet pemakanan kita sebab ia juga memberi kesan kepada sistem badan dan kulit kita. Banyakkan minum air masak dan bersenam, sebab ia membantu bukan saja kulit korang jadi lebih glowing, tetapi badan korang pun akan jadi lebih sihat.

Selepas ini, boleh lah korang bertenang sikit kalau muka tiba-tiba breakout. Jangan cuak dan why not korang positifkan diri sahaja. Ini sebab korang kena ingat muka breakout ini dia memang normal terjadi lebih lagi untuk korang yang remaja dan semakin nak matang itu. Jangan terlalu fikir sangat dan cuba fikir bahawa ia normal dan lumrah supaya korang boleh handle masalah muka breakout itu dengan lebih baik pada masa akan datang.

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Usha Pelakon KPOP Legend Tapi Masih Handsome

Cara Mudah Cabar Kawan Korang Untuk Buat Bias K-Pop Detox Month