in ,

Jangan Bawa Barang Ni Pergi Konsert Kalau Tak Nak Kena …..

Sumber gambar: Billboard

via GIPHY

Hallu hallu #Lunagirls! Korang still ‘demam’ lagi ke tengok konsert BLACKPINK bulan lepas? Ainaa dah move on since last week so dah tak ada dah ‘demam’ tu.. Hehe! BTW kalau korang nak tahu waktu konsert haritu ada kejadian tak diingini yang berlaku tau! Ada banyak barang terlarang dirampas sebelum masuk dalam stadium! Untuk elakkan barang kita kena rampas next K-Idol konsert, Ainaa nak senaraikan barang larangan waktu konsert! Jom check it out girls~

KERUSI LIPAT

Sumber gambar: 11street.my

Girls, kita bukan nak pergi hiking sampai bawa kerusi lipat! Please jangan selfish bawa kerusi untuk berdiri atas kerusi tu okay! Mengamuk orang belakang korang nanti sebab mengganggu pandangan mereka! Semua orang excited nak tengok konsert tapi jangan sampai menyusahkan orang lain okay.

KARAOKE MICROPHONE

Sumber gambar: Pillow Bread, Inc.

Punya la nak tarik attention oppa dan unnie dekat atas stage tu sampai ada yang sanggup bawa karaoke microphone! Haha! Microphone tu biasanya orang guna waktu nak karaoke dekat rumah je dik.. tapi kalau samangat bawa pergi konsert dah jadi lain tu. Dekat sana confirm bising sebab ramai orang menjerit, campur lagi dengan korang menjerit pakai microphone tu, tak dapat nak dengar K-Idol perform konsert nanti. Hehe! Jangan macam tu ya girls.

LASER POINT

via GIPHY

Wooopppssss! Kalau excited pun jangan sampai ganggu concentration artis yang tengah buat performance tu ya. Tak mustahil laser point tu akan buat artis rasa terganggu dan terus hilang fokus! Kalau pihak penganjur dapat tangkap korang buat macam tu, confirm kena halau daripada hall tau.. Nanti korang hanya nyalakan light stick je okay.. barulah nampak macam kpopers sebenar!

HAIWAN PELIHARAAN

via GIPHY

Last but not least Ainaa nak ingatkan supaya tak ada seorang pun #Lunagirls yang bawa pet ke mana-mana konsert ya. Rapat macam mana pun relationship korang dengan your pet, please tinggalkan dekat rumah.. ala untuk satu malam je! Risau pula nanti haiwan peliharaan tu stress dan mengamuk dekat konsert, dah satu hal kena tampal posterHAIWAN HILANG‘. Ops!

via GIPHY

Dan yang penting, kalau #Lunagirls nak bawa peneman, make sure orang tu sesuai dan jangan pula korang paksa your beloved mom. Kesian mak kita.. Ainaa harap tak ada sesiapa yang akan ‘langgar peraturan’ ni untuk ke BTS Love Yourself Tour di Bangkok nanti! Korang excited tak tunggu konsert BTS? Ada yang akan pergi tak? Psst.. make sure stay tune dengan LUNARIA sebab kami ada SUSURIPRIS untuk korang! Hehe!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Print Gambar Instax-Polaroid Sendiri? Jimat!

Boleh Belajar Martial Art Online? Say Whattt!