in ,

Jangan Abaikan Mandian Air Sejuk, Ini Kebaikan Sebaliknya…

Sumber gambar: Youtube.com

Malas la nak mandi awal, sejuk sangat la air dalam bilik air ni! Tak tahan mandi sejuk tak suka!

Amboi alasan ya air sejuk lepastu terus taknak mandi, haha! Dulu waktu sebelum adanya water heater, parents kita mandi dengan air sejuk je tau. Then kalau nak merasa mandi air panas kena masak air panas dan buat secara manual. Tapi, tahu tak korang sebenarnya air sejuk ni lagi bagus berbanding air panas… Kulit kita pun akan menjadi lebih sihat kalau sentiasa amalkan mandi air sejuk. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi ni kebaikan yang ada. Apa lagi, baca la artikel ni sampai habis ya…

MENCEGAH PENUAAN KULIT

via GIPHY

Sekarang ni mungkin korang sendiri tak ambil kisah sebab masih muda lagi, tapi nanti in future bila dah besar mesti korang akan ingat benda ni. Mandian air sejuk akan mengemalkan awet muda pada kulit kita kerana ia akan mengaktifkan sistem saraf pada tubuh badan. Pada masa yang sama juga, tubuh badan akan mengeluarkan hormon serta bahan kimia yang berada di dalam otak akan melawan tekanan.

KULIT JADI LEBIH SIHAT

Mandi air panas atau sejuk, mana lebih baik? | Geng Borak
Sumber gambar: Gengborak

Kalau kita mandi panas, tubuh badan akan berada selesa dan korang pun akan mandi dalam tempoh yang lebih lama kerana berasa selesa dengan air panas itu sendiri. Tetapi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Effect pada kulit muka ialah kita akan rasa segar dan kulit juga akan jadi tegang. Tak perlu pun nak mandi lama dengan air sejuk tu, takut nanti menggigil pula kan, haha! Cukup sekadar korang berasa segar pun sudah mencukupi.

KURANGKAN RASA TAK SELESA

via GIPHY

Ada sesetengah orang, kulitnya tidak sesuai dengan air panas atau air suam kerana ia akan memberi kesan sampingan terhadap kulit mereka. Antara kesan yang mereka akan hadapi ialah gatal-gatal, kulit mengelupas serta kemerahan pada kulit badan. Tetapi berbeza dengan air sejuk kerana ia akan melegakan rasa tidak selesa pada kulit badan kita. Pancuran air sejuk mengurangkan rasa tidak selesa yang kita hadapi. Seperti contoh dalam keadaan cuaca panas, mandian air mana yang akan membuatkan kita rasa lebih selesa? Mesti la air sejuk kan? Dapat mandi air sejuk waktu cuaca tengah panas terik memang best tau.

CEGAH KEADAAN KULIT BERKAITAN TEKANAN

Mandi air panas atau sejuk, mana lebih baik? | Geng Borak
Sumber gambar: Gengborak

Semestinya setiap hari kita lalui banyak perkara. Jangan tak tahu ya, kulit kita pun akan berada dalam keadaan tekanan sekiranya kita menghadapi masalah. Penyelesaian yang paling mudah ialah dengan mandian air sejuk. Ia akan menghantar jumlah besar impulse elektrik ke bahagian otak kita bagi merangsang pembebasan ‘hormon gembira’ atau lebih dikenali sebagai endorfin. Ketika bahan kimia dilepaskan daripada tubuh badan, tahap tekanan akan menurun dan kita juga tidak akan mengalami masalah seperti jerawat, psoriasis dan dermatitis.

Jelas la dekat sini bahawa mandian air sejuk mempunyai banyak kebaikannya. Lepas ni selalu la amalkan mandi air sejuk ya. Balik kampung nanti jangan pula korang gigih masak air panas, mandi je terus air sejuk tu, baru la boleh jadi awet muda, haha!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Artis Tempatan Yang Patut Korang Layan Bulan Ini!

Jom Layan 4 Movie Baru Dekat Netflix!