in ,

Jam Besar.. Jam Kecil.. Tapi Selalu On Time Tak?

Sumber gambar: #LunaSquad

Girls and fashion memang tak boleh dipisahkan, lebih lagi accessories! #Lunagirls suka accessories yang macam mana? Kalau jam korang suka tak? Ala.. Tak kisah jam jenama apa pun, asalkan kita tepati masa! #Tiberrr Tapi girls, sebenarnya nak beli jam pun ada guideline tau.. Jom Ummi share sikit tips memilih jam tangan yang sesuai dengan personaliti kita!

PERGELANGAN TANGAN

Sumber Gambar: https://id.priceprice.com

Ha! Ini penting ya girls, sebab tangan kita berlainan saiz! Jadi tak semua jenis dan saiz jam sesuai dengan tangan kita tau.. Ada yang pergelangannya kecil suka pakai jam besar, ada yang pergelangan tangan besar suka jam kecil! Tapi kalau nak nampak lebih trendy, #Lunagirls pakai jam yang bersesuaian dengan pergelangan tangan.. sebelum beli, boleh try dulu letak dekat tangan tengok sama ada cantik ke tak! Hihi!

WARNA KULIT

Sumber Gambar: https://www.gulalives.co

Okay bila saiz pergelangan tangan dah cun, apa kata kali ini kita sesuaikan dengan warna kulit pula! Kalau korang seorang mempunyai berkulit cerah, mungkin boleh cuba pakai warna terang atau neon? Baru boleh nampak lain daripada yang lain! Hihi! Untuk tan skin girls, korang boleh pilih warna jam lembut seperti nude color, dan warna-warna natural yang lain! Akan nampak macam gadis melayu gitu..

KARAKTER DIRI

via GIPHY

Pilihlah jam yang sesuai dengan karakter #Lunagirls! Kalau korang seorang yang feminine, boleh pakai model jam yang elegan dan berwarna lembut. Dan kalau korang seorang yang aktif, dan santai korang boleh pilih jam unisex! Sebab kita akan lebih selesa untuk pakai dan lagi senang kita nak gayakan dengan OOTD kita! Yass!

SESUAI DENGAN TEMPAT

Sumber Gambar: https://www.123rf.com

Untuk pergi sekolah, kita lebih sesuai pakai jam yang ringan, bergetah dan lebih kecil supaya lebih selesa! Psst, jangan pakai jam mahal-mahal ke sekolah tau.. kalau hilang menangis tak sudah beb! Huhu! Kalau korang aktif bersukan, pakai jam yang khas untuk sukan okay? Barulah boleh buat aktiviti lasak tanpa risau jam pecah atau rosak..

Jam penting tau untuk kita tengok masa! Dekat sekolah mana boleh bawa phone dan pakai accessories lain, jadi kita boleh guna jam untuk nampak lebih menarik! Hihi! Tak kisah korang suka jenama dan jenis jam yang macam mana pun, yang  penting cantik dan selesa!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Twitter Pun Buat ‘Story’ Macam IG?! 😲😲

Oppa.. Unnie.. Annyeong.. Tu Je Ke Yang Kena Tahu?