in ,

Jajan Paling Best Cuma Ada Di Bumi Borneo Sahaja

Sumber gambar: sislin76.com

Siapa di sini antara korang yang pernah pergi ke negeri di Borneo? Kalau pernah, mesti korang tahu beberapa jajan mereka yang kita tak boleh dapat di Semenanjung ini, betul tak? Banyak orang yang datang dari Semenanjung pun memang suka sangat dengan jajan yang best datang dari Borneo. Dan jom kita tengok jajan seperti apa sahaja yang paling favourite semua orang suka.

KUIH JALA

Sumber gambar: butter kicap

Kuih Jala atau lapung dalam bahasa Bidayuh bukar, ia adalah sejenis kuih tradisional masyarakat etnik di bumi Kenyalang, walaupun di Semenanjung Malaysia pun ada kuih Jala tetapi teksturnya lebih lembut. Manakala kuih jala di Borneo pula kelihatan lebih kering, rapuh dan garing. Untuk pengetahuan korang kuih ini amat popular di sana dan biasanya akan dihidangkan setiap tiba musim perayaan. Memang crunchy dan sedap sangat!  

AMPLANG

Sumber gambar: fionaseah

Kalau korang nak tahu keropok amplang ini adalah sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Bentuknya bulat dan berwarna putih dan asalnya amplang adalah dari ketapang salah satu daerah Kalimantan Barat di Indonesia. Keropok ini dibuat daripada ikan tenggiri yang dicampur tepung kanji, digaul dengan bahan-bahan lain dan seterusnya digoreng. Ia adalah banyak perisa dan memang best kalau korang makan kongsi dengan ramai kawan-kawan.

KEK LAPIS SARAWAK

Sumber gambar: vitdaily

Kek lapis Sarawak merupakan salah satu kuih pemanis mulut yang wajib ada di meja makan orang Sarawak. Kek lapis ini memang sangat sedap dan nampak menarik sebab warnanya dan ia merupakan satu juadah kebanggaan orang Sarawak. Tekstur kek yang lembut serta padat pada pun menjadikan setiap gigitan begitu sempurna dan sangat menyelerakan. Paling best sebab ia ada pelbagai perisa seperti keju coklat, masam manis, blueberry dan lain-lain. Sebab itu kek ini agak mahal dan cara nak buatnya agak susah.

TEBALOI

Sumber gambar: saji

Tebaloi ini adalah makanan rutin atau boleh dikatakan sebagai pengganti nasi untuk masyarakat Melanau yang bermastautin di Sarawak. Ia dibuat daripada pokok sagu dan batang sagu itu akan diproses kepada beberapa peringkat sampailah jadi tebaloi itu. Dan sekarang ini, ia banyak dijual dalam bentuk snek.

PENGANAN

Sumber gambar: Astro Awani

Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang begitu popular di Sarawak dan selalu dijadikan hidangan wajib semasa perayaan hari Gawai. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras, gula serta beberapa bahan lain lagi yang dicampur bersama sehingga menjadi satu adunan yang sebati dan akan digoreng. Rasanya memang manis dan menyelerakan tau!

Sebenarnya, ada banyak lagi jenis jajan dan makanan yang best datang dari Borneo yang semua orang suka. Bukan setakat sedap sahaja, harga pun memang murah bila beli di sana kalau kita nak bandingkan dengan harga yang kita beli di Semenanjung. Mungkin disebabkan susah nak dapat, betul tak? Tapi korang akan jadi sangat untung kalau ada family yang datang dari Borneo atau kawan-kawan yang dari Borneo yang duduk di Semenanjung sebab nanti mereka boleh ajak korang datang makan di rumah, betul tak? Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Persediaan BTS ‘Back To School’

Jadi Diri Sendiri Pun Boleh Pikat Hati Si Dia?