in ,

Jom Hias Bilik Untuk Naik Semangat Belajar!

Sumber Gambar: Cewekbanget.grid.id

Hi SPM candidates! Korang dah ready? Hehe! Biasanya #Lunagirls study dekat mana? Ruang tamu? Meja makan? Atau dalam bilik? Haa dalam bilik lagi best kan? Harini LUNARIA share macam mana nak hias bilik tidur untuk lebih selesa belajar!

FRAME GAMBAR & QOUTES

via GIPHY

Kalau dinding bilik #Lunagirls kosong dan tak ada decorations, korang boleh hiasnya dengan frame gambar or motivational qoutes! Nak lagi menarik, untuk siapa yang kreatif boleh cuba buat sendiri tau..nanti lagi akan puas hati!

LETAK TUMBUHAN HIJAU

via GIPHY

Kalau boleh, #Lunagirls beli pokok hiasan yang hidup tau.. sebab pokok hidup akan membekalkan oxygen dalam bilik dan membuat udara dibilik lebih segar! Ala..beli pokok kaktus pun okay juga! Yang penting, korang jangan lupa untuk siram okay?

BED SHEET YANG CERIA

via GIPHY

Warna dan coral sarung tilam dan bantal sangat mempengaruhi vibe bilik tau! Kalau boleh #Lungirls belilah cadar yang comel-comel dan color ceria boleh buat mood kita happy! Dan baru lah semangat sikit nak kemas bed everyday! Haha!

PENCAHAYAAN

via GIPHY

Pencahayaan amat penting dalam bilik tau girls! Kalau tak ada cahaya dan lampu dalam bilik pun suram, haa itu yang akan buat korang mudah boring! Lagi satu, macam mana korang nak fokus belajar kalau lampu bilik pun tak naikkan semangat? #Lunagirls boleh mula dengan buka tingkap dan tukar lampu yang lebih terang okay?

TUKAR KEDUDUKAN

via GIPHY

Mesti bosan tengok katil, meja belajar dekat tempat biasa kan girls? Apa kata korang ubah, terutama sekali ubah kedudukan meja belajar! Korang boleh letak meja th dekat tingkap, supaya kalau stress belajar boleh tengok luar tenangkan fikiran!

Kita tak perlu pun make over satu bilik seperti beli katil baru atau cat dinding tau! Cukuplah ubah kedudukan benda-benda kecil yang boleh buat kita happy and jadikan tempat tidur selesa untuk kita belajar.. Nanti habis SPM, korang boleh la rehat cukup-cukup dalam bilik sebelum masuk college pula! Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments