in ,

Jadi Pengguna Bijak Naik Train, No.4 Paling Penting!

Sumber gambar: mothership.sg

Ishh, ketepi sikit! Orang lain boleh beratur, kenapa kakak selamba je potong barisan lepas itu buat muka tak bersalah pula! Aiyoyo..

Urghh, siapa je yang tak sakit hati dengan orang yang tak reti nak beratur ni, lagi-lagi bila guna public transport! Tak termasuk lagi pengguna yang bersikap biadap buat bising, letak barang peribadi dekat atas seat sebab taknak orang lain duduk dan macam-macam lagi la! Senang je tau sebenarnya nak jadi pengguna yang bijak bila naik public transport macam LRT, komuter, monorel atau MRT sekalipun. Caranya ialah korang hanya perlu…

BERDIRI BELAKANG LANE KUNING, BUKAN DEPAN

Image result for lane kuning train
Sumber gambar: klia2.info

Punya la tak sabar nak masuk ke dalam train sampai tak peduli dengan function lane warna kuning tu. Lagi-lagi kalau dekat station monorel Imbi tu, kalau boleh berdiri depan pintu, memang depan pintu la. Tujuan garisan kuning tu bukan untuk hiasan je, tapi ia merupakan had jarak keselamatan yang perlu kita patuhi. Just imagine korang berdiri dekat depan lane kuning, sekali train dah nak dekat dan korang tergelincir dekat depan tu. Apa agaknya yang jadi ya waktu tu? Confirm korang takkan dapat diselamatkan, that’s why kena berdiri belakang lane kuning tu.

TAK PERLU SHARE DENGAN SEMUA ORANG

Image result for dengar lagu dalam train
Sumber gambar: daily.oktagon.co.id

Fuhh, part ni yang selalu terjadi dalam train. Nak tengok drama Korea sekali pun, tak perlu sampai nak share dengan semua orang dalam train tu. Dapat pula on volume paling kuat, orang sebelah nak tengok resepi masakan pun terganggu sekali. Why not pakai je earphone dan dengar seorang diri je, tak perlu ajak orang lain. Tak pun off volume, baca je subtitle. Nak senang lagi? Tak payah tengok, tunggu sampai dekat rumah baru tengok. Tak termasuk lagi dengan jenis yang on the phone, tapi nak satu train dengar conversation dia. Punya la kuat suara sampai buatkan orang lain rasa nak keluar dari train tu.

JANGAN ‘PELUK’ TIANG TENGAH TRAIN

Image result for tiang train
Sumber gambar: fadhleyanie

Korang mesti tahu dekat dalam MRT tu ada banyak tiang yang berfungsi untuk bagi orang berpaut kalau tak ada tempat duduk. Tapi tak bermaksud korang boleh ‘peluk’ tiang tu dan tak bagi orang lain pegang sekali sampai sanggup taknak berganjak ke belakang untuk bagi ruang pengguna lain masuk ke dalam. Dah la dia ‘peluk’ tiang tu, taknak berganjak sampai menyusahkan pengguna lain. Cuba la bertoleransi sikit dan bagi ruang pada orang lain juga.

JANGAN BUAT-BUAT TIDUR

Image result for tidur dalam train
Sumber gambar: mstar

Bila dapat masuk ke dalam train ni macam satu kepuasan yang tak ternilai. Ye la, dekat tempat tunggu tu dah la panas, ramai orang pula tu. Bila dah nampak seat dekat dalam train, takkan la nak lepaskan? Berebut la siapa yang dapat tempat duduk. Bila dah dapat tempat duduk, memang akan bangun bila dah sampai dekat station je. Ada juga yang sanggup buat-buat tidur atau buat-buat muka penat sebab taknak bagi orang lain duduk. Girls and boys, tak boleh la buat macam tu tau sebab public transport tu bukan hak milik kita, tu semua milik semua orang. Bagi la seat korang tu kepada orang yang memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu hamil/bawa anak. Kita yang muda ni kena beralah sikit okay?

Nak cerita tentang etika naik public transport ni banyak tau sebenarnya, tapi semua tu terpulang pada diri sendiri. Ia ibarat common sense yang mana kita berfikir juga tentang orang lain. Apa yang paling penting sekali ialah BERATUR! Setiap kali nak masuk ke dalam public transport, beratur dan tunggu giliran okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Aplikasi Jimat Data Korang Kena Ada

Perut Kembung Buat Perut Nampak Buncit? Cuba Cara Ini