in ,

Jadi Diri Sendiri Pun Boleh Pikat Hati Si Dia?

Sumber gambar: www.idntimes.com

Ehemm, macam mana la nak pikat hati si dia ni. Takut la nanti kalau orang tu beralih arah pula kan? Haihh entah la…

Amboi, baru formΒ 5 dah pening fikir macam mana nak pikat hati si dia ya, haha! Tapi tak salah pun kan kalau nak bercinta? Cuma jangan sampai abaikan pelajaran sudah ya girls. Korang mesti tertanya-tanya macam mana la orang dewasa dekat luar tu kekalkan hubungan percintaan mereka dengan pasangan. Korang yang masih sekolah ni pun dah putus cinta banyak kali. Untuk elakkan korang bercinta sebanyak 18 kali di bangku sekolah, better tengok tips yang Ainaa dah sediakan ni supaya percintaan kali ke-19 nanti membawa kepada kebaikan di masa hadapan, hehe!

JOM CUBA BENDA BARU SAMA-SAMA

Benda baru? Contohnya buat benda tak elok ke? Ha, jangan ya nak buat benda bukan-bukan! Korang tu masih sekolah, jangan berangan nak buat perkara bukan-bukan pula. Biasanya orang lain dating pergi tengok wayang, makan dan duduk berbual je. Why not korang buat kelainan sama-sama. Contohnya ajak si dia pergi tempat yang bermanfaat macam muzium atau pameran yang akan membuka minda masing-masing. Lagi pun korang kan masih dibangku sekolah, mesti banyak benda yang korang perlu pelajari. Tak salah pun kalau orang lain dating dekat taman, korang dating dekat muzium. Baru la mencabar sikit, after that boleh la tanya soalan berkenaan pameran yang korang tengok tadi. Mesti lagi best!

JADI DIRI SENDIRI LAGI BAGUS

via GIPHY

Si dia tak suka perempuan kecoh-kecoh, hakikatnya korang ni memang seorang yang happy-go-lucky dan tak mahu duduk diam. Tapi sebabkan si dia yang tak sukakan perempuan jenis happening macam tu, korang pun decide untuk sorokkan keseronokan dalam diri. Hello? For what nak jadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati si dia tu? Nanti lama-lama korang sendiri rasa tak selesa dengan apa yang korang tengah buat sekarang ni tau. Si dia pun akan mula nampak diri korang yang sebenar sedikit demi sedikit, nanti mula la bergaduh pula lepas ni. Dalam relationship ni kita bukan je kena jadi diri sendiri tapi kita juga kena tawan hati si dia dengan diri sebenar. Buat apa jadi plastik semata untuk puaskan hati orang lain? Kalau si dia tu memang suka dekat korang, mesti dia boleh terima macam mana pun diri korang ni kan.

JANGAN OVER CONTROL SANGAT SIS

via GIPHY

Ehh, saya tak suka la awak berborak dengan si Taatul tu. Awak tahu kan dia musuh saya sejak tadika dulu? Kenapa nak berborak lagi dengan dia? Saya tak suka awak kawan dengan dia dan perempuan lain faham?!

Ehh, awak siapa nak halang dia kawan dengan siapa pun? Belum ada apa-apa hubungan special lagi tapi dah pandai nak kawal itu ini kan? Jangan macam tu please girls. Korang tak boleh la nak kawal hidup dia, dengan siapa dia kawan, siapa dia lepak semua. Obviously dia mesti kenal kawan dia dulu berbanding korang so jangan la nak halang dia berkawan dengan siapa pun. Sikap suka control ni sebenarnya akan menghancurkan hubungan antara korang berdua tau. Jangan sesekali nak bagi arahan dekat si dia tentang apa yang dia boleh dan tak boleh buat. Risau silap haribulan nanti korang jadi single tiba-tiba dan dia pergi bercinta dengan orang yang korang tak suka tu pula.

JAGA EMOSI, JANGAN NAK MERAJUK JE

Image result for korean couple fight
Sumber gambar: kdramapal

Lumrah perempuan ni mesti la manja dan selalu perlukan perhatian. Tapi tak bermaksud korang boleh merajuk sesuka hati tak kira masa dan tempat. Jangan nak ikutkan sangat emosi moody korang tu. Lagi satu, period bukan alasan untuk kita maki hamun, marah atau nak moody dengan orang lain terutama dengan si dia. Kena la kawal emosi tu jangan terlampau keterlaluan sangat. Kalau rasa nak merajuk tu, cuba fikir berbaloi ke korang nak merajuk tu? Si dia suka ke kalau korang merajuk sebab benda kecil macam tu? Buatnya korang merajuk dan dia langsung taknak pujuk macam mana? Better korang belajar untuk kawal emosi mulai sekarang ya.

Ala, bukan susah pun nak pikat hati si dia ni. Asalkan korang tahu apa yang dia suka, tak suka, apa yang korang kena buat untuk kekalkan hubungan tu. Tapi bagi Ainaa apa yang paling penting ialah kita kena jadi diri sendiri, baru la hubungan tu senang nak kawal. Apa pun, bercinta jangan sampai abaikan pelajaran. Jadikan hubungan percintaan tu sebagai semangat untuk korang berjaya sama-sama okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jajan Paling Best Cuma Ada Di Bumi Borneo Sahaja

Apa Yang Menarik Dekat Dalam Petrosains Ni?