in ,

Jadi Budak Baik Bukan Bermaksud Diri Membosankan

thejakartapost.com

Sudah menjadi lumrah manusia, ada yang baik ada yang kurang. Kita dilahirkan dengan sifat baik secara semulajadi. Asa banyak kemungkinan kenapa orang ada sesetengah orang pilih untuk buat perkara yang tak sepatutnya. Dan kita tak tahu apa yang pernah ataupun sudah dilalui oleh Β mereka sepanjang hidupnya yang mungkin jadi penyebab perlakuan itu. Tapi sebagai manusia biasa kita juga perlu berusaha untuk menjadi seorang yang baik haruslah didik dan latih diri untuk jadi baik dengan pelbagai cara. Jadi, LUNARIA akan kongsi cara untuk didik diri supaya kita jadi budak baik.Β 

SOPAN

tripsavvy.com

Budi bahasa budaya kita, itu memang tak dapat dinafikan sebab ia menggambarkan jati diri sesuatu bangsa. Jadi korang kena ingat yang menjadi seseorang yang penuh sopan santun itu adalah sesuatu perkara asas. Jika kita sentiasa didik diri untuk menjadi seorang sopan santun sudah pasti ia membuatkan diri orang yang berada di sekeliling kita rasa seperti dihargai oleh korang. Jadi selepas ini, jika korang bersopan santun dengan kawan-kawan, guru, keluarga dan sesiapa mesti ramai yang suka.Β 

PEMAAF

kpopmap.com

Jangan berdendam dan jadilah seseorang yang pemaaf. Ya, LUNARIA sangat faham perasaan korang bila tersakiti tapi jika ada orang lain yang buat salah kepada diri korang sama ada sengaja atau tidak sengaja sampai buat kita terganggu. Hmm, lebih baik korang maafkan sajalah. Ini sebab kalau kita panjangkan isu itu pun memang tak beri sebarang manfaat untuk diri korang. Lagi satu, ini adalah bukti yang korang ini seorang yang kuat dan matang sebab korang mampu memaafkan seseorang walaupun orang itu dah buat salah besar pun.

AKUI SALAH

aminoapps

Setiap orang pernah melakukan kesalahan, nama pun manusia biasa. Tak kira orang itu dewasa atau pun yang masih muda. Bila salah, apa kata akui saja kesalahan itu dan terima kenyataan yang diri korang memang salah sebab ia akan buat korang lebih tenang. Mungkin kalau korang sentiasa buat sedemikian, ia akan beri contoh terbaik kepada orang lain juga untuk ikut teladan dan ambil pengajaran untuk mengakui salah sendiri, kalau asyik nak ikutkan ego diri itu macam tak best guys.

TEGUR

Fluent In 3 Months

Bersosial dan buat kawan baru adalah something yang sangat seronok tau! Lebih lagi waktu sekolah inilah masa kita nak cari kawan yang sebenar. Tak salah juga kalau kita selalu mulakan diri dengan bersosial dan beramah mesra dengan orang lain di sekeliling kita. Jadi nanti kita akan nampak lebih mesra dalam fikiran kawan yang baru korang nak tegur. Mungkin ada yang rasa ianya pelik kalau tiba-tiba datang dan nak kawan dengan mereka tapi why not korang make it natural dan tak adalah orang itu ingat korang weirdo yang tiba saja nak kawan dengan dia.

SENYUM

Allkpop

Sama seperti bertegur sapa dan bersosial dengan orang sekeliling tapi korang akan nampak lebih mesra jika sentiasa senyum. Lagi pun senyum itu satu sedekah dan cuba kalau korang senyum pada orang lain di mana-mana, mesti akan ada yang balas senyuman korang itu sebab ia adalah benda baik yang boleh dilakukan sesama sendiri walaupun korang strangers. Tak percaya, cuba korang saja senyum dekat aunty and uncle yang naik public transport ke, atau di mana sahaja. Mungkin juga ia membantu korang untuk dapat kenalan yang lebih baik dan boleh ajak berbual hanya melalui senyuman.Β 

See? Senang nak jadi budak baik. Cara nak latih dan didik diri jadi baik ini pun mudah dan tak perlu guna wang ringgit pun. Kalau korang nak tahu, jadi seseorang yang baik ini pun memang beri banyak kebaikan kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Selain itu, diri pun akan jadi lebih tenang saja sebab tak perlu nak fikir banyak masalah sebab kita tidak ada cara gaduh dengan orang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips BOEK Untuk Lelaki Jaga Muka

Tak Cukup Guna Cawan, The Alley Jual Bubble Tea 5 Liter!