in ,

IU dan Kim Soo Hyun Buktikan Lelaki Dan Perempuan Boleh Jadi BFF Paling Sweet!

Sumber gambar: twitter.com/IUmushimushi

Tidak dinafikan, setiap kali ada sahaja hubungan persahabatan antara selebriti wanita dan lelaki, selalunya ia akan menarik perhatian netizen dan akan ada banyak spekulasi yang lebih mendalam yang mereka akan buat. Apatah lagi, jika keduanya pernah ada hubungan yang lebih dari sekadar seorang kawan. Sama lah macam yang sedang dialami oleh kesayangan UEANA ini, IU dan Kim Soo Hyun pun turut terpalit sama dalam hal ini. Mereka berdua telah membuktikan bahawa lelaki dan perempuan itu boleh menjadi seorang sahabat sejati selama bertahun-tahun tau! Korang jangan salah faham pula ya! Hehe!

Walaupun jarang dilihat menghabiskan waktu bersama tetapi mereka ini masih berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain. Untuk pengetahuan korang juga, IU dan Kim Soo Hyun ini sebenarnya pertama kali bertemu pada tahun 2011 dan waktu itu IU berumur 18 tahun, Kim Soo Hyun pula 23 tahun. Sehingga kini, mereka berdua ibarat tumbuh dan menua bersama walaupun kita jarang melihat gambar mereka berdua di media sosial. Jadi jom kita tengok beberapa moment persahabatan antara IU dan Kim Soo Hyun selama ini.

PERTEMUAN PERTAMA

Sumber gambar: youtube goldenjewel03

Memang kita tahu, IU memulakan karier sebagai penyanyi dahulu sebelum menjadi pelakon. Mereka berdua bertemu pertama kali sejak drama popular Dream High tetapi pada waktu itu mereka sangat jarang berinteraksi dan jarang bersama. Walau bagaimanapun di belakang tabir mereka berdua sangatlah rapat dan sampailah satu masa mereka berdua digandingkan semula pada tahun 2015 melalui drama The Producers yang mana watak mereka dapat adalah watak yang hampir bercinta tapi tidak kesampaian. Punyalah ramai orang suka mereka berdua ini, sampai nak ambil berlakon pun sama-sama eh? Haha! Dengar cerita Hotel Blue Moon pula Kim Soo Hyun yang jadi hero kan? 

SURPRISE WAKTU SHOOTING

 

View this post on Instagram

 

백승찬씨의 호텔 견학 #호텔델루나 #장만디

A post shared by 이지금 (@dlwlrma) on

Bukan setakat itu sahaja, sewaktu IU sedang shooting Hotel Del Luna pun Kim Soo Hyun siap datang bawa kejutan untuk IU dengan membawa coffee truck tau! Iya lah, waktu ini mereka berdua dah lama sangat tak jumpa sebab Kim Soo Hyun pun baru sahaja keluar dari military service. IU pun memang seronok lah kan BFF dia datang! Siap post gambar ini di Instagram! Dan macam yang dikatakan tadi, kalau Hotel Del Luna IU, Hotel Blue Moon pula adalah Kim Soo Hyun pula! Hehe! 

DALAM SATU MUZIK VIDEO YANG SAMA

Persahabatan mereka ini juga terbukti sekali lagi sewaktu IU secara peribadi meminta Kim Soo Hyun untuk menjadi pelakon dalam muzik videonya dalam lagu Ending Scene pada tahun 2017 lalu. Tanpa berfikir panjang Soo Hyun terus setuju walaupun dia sangat sibuk. Memang ada banyak adegan romantik sangat dalam video ini dan IU siap tulis surat cinta yang betul untuk Soo Hyun supaya dia lebih menjiwai watak dalam video itu tau! Eee! Memang comel sangatlah mereka berdua ini! Memang BFF goals sangat! 

Jadi, dari semua cara yang mereka tunjukkan kepada semua orang ini, mungkin ada yang salah faham sampai pernah lah ada rumor yang mengatakan keduanya menjalin hubungan special melebihi sebagai seorang sahabat. Namun, selepas sahaja shooting drama Dream High, salah satu media Korea siap temu ramah mereka dan mereka menjelaskan hubungan kawan mereka itu sudah pun dianggap sebagai seperti seorang keluarga antara satu sama lain. Haha! Biasalah itu, lebih lagi manusia ini kan selalu menganggap lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan sebab nanti risau salah seorang akan jatuh cinta. Padahal, ramai sahaja di luar sana yang BFF dengan orang berlainan jantina dan buktiknya IU dan Kim Soo Hyun pun korang dah boleh nampak, comel saja mereka ini kan! Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea Bulan Jun Kembali Lagi!

Selepas Lathi Challenge Yang Seram, Barzakh Challenge Pula Yang Viral!