in ,

IU Cepat Cemburu Dan Tak Suka Lelaki Handsome?!

Sumber gambar: twitter.com/jieunlui

IU memang salah seorang selebriti yang disayangi oleh Uaena dan juga peminat drama Korea. Bahkan, memang kerap sangat bila ada sahaja artikel topik tentang wanita ideal K-Pop idol, nama IU selalu naik di media sosial dan menjadi pilihan para jejaka dan juga pemuda di Korea. Peminatnya bukan sahaja lelaki, malah yang perempuan pun selalu menjadikan IU sebagai girl crush mereka. Jadi, bila terlalu kerap sangat IU atau nama sebenarnya Lee Jieun ini muncul sebagai wanita ideal, mestilah ramai yang tertanya-tanya pula, bagaimana pula lelaki ideal pada pandangan IU kan? Hehe! 

Sumber gambar: mata mata musik

Untuk pengetahuan korang, IU pernah tampil dalam variety show SBS iaitu Cultwo Show beberapa tahun lalu yang mana sebenarnya dia cakap dia tentang lelaki idealnya. Dalam show tersebut, IU buat pengakuan yang mengejutkan ramai orang, bahawa dia sama sekali tidak tertarik dengan lelaki hensem! Woah! Mesti tercyduk habis para idol lelaki yang memang jadikan IU sebagai wanita pilihan mereka ini kan? Haha! 

Sumber gambar: asia one

IU siap cakap yang dia tidak nampak apa yang menarik tentang lelaki hensem. Apa yang penting IU lebih suka pada lelaki yang bersemangat dengan pekerjaan yang mereka buat dan sentiasa bekerja keras. Hmm, eh tapi kan IU, bukan ke semua idol lelaki yang minat awak itu semuanya hensem dan bekerja keras? Hehe! Akan tetapi, IU juga cakap point sebenarnya adalah sebab dia seorang wanita yang memang mudah sangat cemburu. Oh! Barulah faham kan, kenapa IU tak suka lelaki hensem ini sebab dia tak nak bakal boyfriend dia ini jadi perhatian para wanita lain lah ini kan? Comel saja IU ini nak cemburu…ala tapi hensem ke kurang hensem seseorang lelaki itu, mesti kita akan cemburu juga kan? Dalam apa jua keadaan, hehe! 

via GIPHY

Selain itu, IU juga dia siap cakap awal-awal, kalau sesiapa sahaja yang jadi suami dia satu hari nanti. Lelaki itu wajib setia pada diri dia dan kalau boleh dia nak lelaki itu fokus suka dan cinta pada IU seorang sahaja! Woah! Dahsyat juga pelakon utama Hotel Del Luna ini punya syarat ya! Haha! Bila IU cakap macam ini, memang ramai lah waktu ini lelaki mengaku yang mereka ada lelaki ideal IU dan siap dah bersedia untuk bercinta dengan IU. 

via GIPHY

Sementara itu, IU yang baru sahaja comeback dengan lagu terbarunya dengan Suga BTS baru-baru ini memang mendapat carta pertama di hati pendengar tau! Bukan setakat itu sahaja, selain comeback ini, IU juga telah confirm akan membintangi sebuah filem Dream dengan pelakon lelaki kegemaran ramai iaitu Park Seo Joon sebagai hero dan heroin utama. IU juga cakap peminat kena tunggu dengan excited sebab proses shooting filem ini akan dimulakan dalam masa terdekat.

.

via GIPHY

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman First Time Tak Jumpa Saudara! Raya Kuarantin Di Rumah!

Kesalahan Biasa Bila Pakai Lipstick, Jom Nampak Cantik