in ,

Item Dekorasi Viral TikToK Korang Perlu Ada

www.pinterest.com/marissapatellar

Perasan tak yang sebenarnya dalam kebanyakan video Tiktok yang dapat banyak perhatian adalah video yang ada props yang sangat function? Untuk create satu video Tiktok pun sebenarnya memerlukan effort yang banyak juga tau dan biasanya Tiktokers famous ini mereka mesti akan ada beberapa item yang menarik ini sebagai props yang membantu untuk nampak kan lagi background, lighting dan lain-lain itu menarik. Untuk korang yang suka main Tiktok atau suka dekorasi bilik, korang wajib ada barang ini! 

DIGITAL CLOCK

Sumber gambar: pinterest

Digital clock ini mungkin sebenarnya sudah ramai yang ada atau sudah lama pun korang guna. Akan tetapi, sekarang ini memang ada banyak sangat design yang lebih menarik dan korang bolehlah beli untuk memperbaharui dekorasi bilik korang.

LETTER BOARD

Sumber gambar: pinterest

Sesuai untuk korang yang suka buat Tiktok jenis lesson. Letter board ini pun memang akan nampak nice sangat dalam bilik korang sebagai dekorasi dan kalau tak guna untuk konten Tiktok pun tak apa sebab korang boleh lah jadikan ia sebagai hiasan dengan kata-kata motivasi mingguan korang. Kan boleh susun2 huruf tu. 

CONTAINER LIPAT

Sumber gambar: pinterest

Bagi korang yang ada banyak barang kosmetik, skincare dan sebagainya, container lipat ini memang sangat berguna untuk korang. Ia bukan sahaja korang boleh jadikan tempat letak barang, malah boleh dibawa kemana sahaja ikut saiz yang korang suka! Memang serbaguna betul.

COLORFUL SPEAKER

Sumber gambar: shopee

Sangat multifunction sebab colorful speaker ini bukan sahaja boleh hiburkan korang dengar lagu kuat-kuat. Malah, dengan lampu led colorful speaker ini juga boleh dijadikan lampu tidur korang dan cuba korang sentuh colorful speaker ini, mesti dia akan bertukar-tukar warna.

GALAXY LIGHT

Sumber gambar: shopee

Sama seperti lampu yang lain tetapi galaxy light ini akan jadikan bilik korang seolah-olah ada pancaran galaksi. Kalau tidak silap, warna galaxy light ini ada lebih dari sepuluh yang korang boleh tukar sendiri dan nanti bolehlah korang ikut mood korang nak lampu itu warna apa, betul tak? Lampu pun boleh pengaruhi mood kita tau! Hehe!

Korang boleh lah cuba untuk dapatkan semua barang ini lepas ini. Bukan sahaja sesuai untuk dekorasi bilik korang, malah sambil itu boleh lah jadi kan props untuk video korang bila nak main Tiktok nanti. Huhu…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Guna Ewallet Atau Pembayaran Online

9 Selebriti Yang Pernah Tolak Tawaran SM Entertainment