in ,

Isu Lagu Sumpah, Dayana Tuntut Pengakuan Daripada Naim

Sumber gambar: Instagram @dayanaamerda / Instagram @naimdanielx

Aikk, lepas dah menang AJL tiba-tiba muncul semula isu royalti lagu Sumpah? Before this macam dah senyap isu ini, tapi kenapa sekarang naik semula?

Mengejutkan apabila dapat tahu tentang isu lagu Sumpah menjadi ‘rebutan’. Isu ini bermula sejak bulan Julai tahun lepas apabila Dayana Amerda yang ketika itu merupakan kekasih hati Naim Daniel mengatakan bahawa dia telah bersama-sama menghasilkan lagu yang telah menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-34 baru-baru ini. Akan tetapi tak lama selepas itu isu lagu Sumpah telah pun selesai apabila Dayana dikatakan tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Cuma sekarang tak ada angin, tak ada ribut muncul semula sehingga ada press conference diadakan oleh pihak Dayana sendiri.

Sememangnya sebelum ini Naim tidak langsung menyebut siapakah gerangan wanita yang bersama-sama dengannya mencipta lagu Sumpah. Tiba-tiba sahaja Dayana muncul dan membuat pengakuan bahawa dia ialah wanita yang dimaksudkan. Kini, Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah telah meminta supaya Naim mendaftarkan lagu Sumpah sebagai hak milik bersama. At the same time, gadis berusia 21 tahun itu turut mengakui bahawa apa yang dilakukannya tiada kena mengena dengan tuntutan duit kemenangan bersempena AJL baru-baru ini.

Image result for dayana amerda
Sumber gambar: Instagram Dayana

Saya tak nak duit.. Apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran. Tapi kalau dia daftarkan nama saya, secara tidak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Apa pun, soal royalti nombor dua.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Dayana pernah menyertai Idola Kecil terbitan TV9 dan ketika itu dia juga bergelar seorang penyanyi cuma kini bila meningkat dewasa, dia sudah tidak lagi berada dalam industri seni lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Mereka berdua pernah menjalin cinta sekitar tahun 2013 yang mana ketika itu Naim baru sahaja berusia 15 tahun dan Dayana pula masih di tingkatan dua. Maksudnya lagu Sumpah memang sudah lama tercipta cuma ia baru sahaja diterbitkan sekitar tahun lalu. Tak sangka lagu Sumpah ini menjadi fenomena dan perubahan besar kepada Naim lebih-lebih lagi selepas dia bergelar juara AJL 34.

Susulan lagu Sumpah ini, Naim dikatakan telah diberi masa selama seminggu untuk membuat pengakuan secara terbuka mengatakan bahawasanya lagu Sumpah merupakan karya ciptaan mereka bersama dan bukannya hanya milik Naim seorang sahaja.

At the same time, pihak Dayana juga berlapang dada sekiranya Naim dapat tampil membuat pengakuan tak kisah dalam bentuk video, sidang media atau lebih baik jika mereka dapat bersemuka sendiri bagi meleraikan isu yang sedang hangat ini. Dayana juga mempunyai bukti yang kukuh mengatakan bahawa dia ialah wanita yang dimaksudkan kerana sebelum ini Naim dikatakan telah meminta sebarang bukti yang kukuh jika ada mana-mana individu mahu menuntut hak cipta bersama bagi lagu Sumpah.

Naim juga ada memuatnaik satu video posting di Instagram miliknya berkaitan isu hak cipta yang dikatakan. Video itu telah dimuatnaik sebelum pihak Dayana membuat sidang media pada malam semalam.

Di Twitter, ramai netizen seakan-akan tidak berpuas hati dengan tindakan Dayana yang dilihat seperti mahu mencari keuntungan dan seakan-akan tidak move on daripada kisah lalu mereka walhal dia sudah mendirikan rumah tangga. Maybe isu ini tak ada kena mengena dengan move on atau tidak, mungkin ada sebab utama mengapa Dayana mengambil keputusan untuk bersuara semula tentang isu lagu Sumpah. Bagi kita mungkin ia satu isu yang mudah, tetapi bagi dia sebagai pencipta bersama lagu tersebut, dia merasakan bahawa dia mempunyai hak.

Bagi pendapat Ainaa sendiri, mungkin masing-masing ada kurangnya. Bagi Dayana, disebabkan sebelum ini dia telah mengeluarkan kenyataan yang dia sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan lagu Sumpah. Tetapi selepas kemenangan lagu Sumpah, dia muncul kembali untuk mendapatkan credit sebagai pencipta bersama. Bukan senang untuk buat lagu dan itu merupakan karya bersama, bukan karya Naim seorang sahaja sebagai penulis lirik dan komposer lagu. Cuma silapnya kerana dia ‘muncul’ semula selepas Naim bergelar juara, of course orang akan fikir negativeΒ terhadap Dayana. Bagi Naim pula, mungkin silapnya sendiri tidak mention secara terang-terangan bahawa Sumpah ialah lagu nukilan mereka berdua. Again, no komen sebab sekarang pun Naim belum keluarkan apa-apa statement berkaitan isu ini. Apa pun, diharapkan Dayana dan Naim dapat selesaikan kemelut ini dengan baik.

Sementara itu, lagu Sembah nyanyian Naim dan Man Keedal juga baru sahaja release. Confirm banyak benda yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak. Semoga semuanya baik-baik sahaja!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments