in ,

Isu Gaduh, Zynakal Ada Masalah Jiwa?

Sumber gambar: https://www.instagram.com/zynakal/

Nampaknya belum habis lagi isu tentang penyanyi baru Zynakal yang namanya mula disebut since beberapa hari ni. Kalau korang baca article Ainaa semalam, mesti tahu isu yang tengah melanda penyanyi muda berusia 21 tahun tu.

BACA: Jauh ‘Terbang’, Zynakal Mula Mengamuk Di IG

Harini naik pula cerita yang dia dikatakan dah ditangkap oleh pihak polis atas sebab mencederakan orang awam which is pekerja pam minyak. Katanya waktu tu dia masuk dekat kedai pam minyak tu untuk beli air tapi end up bergaduh pula dengan pekerja dekat situ.

Kisahnya jadi bila Zyn dikatakan nak beli air dan pen tapi tak tahu macam mana boleh timbul pergaduhan. Sehingga melibatkan pihak polis sebab katanya dia gagal untuk tunjukkan kad pengenalan diri. Maybe IC dia tertinggal dekat rumah kot? Sebab itu dia tak dapat nak tunjukkan IC, kan?

Insiden itu disahkan sendiri oleh one of his best friend which is Fareeez Fauzi yang juga merupakan saksi kejadian. Waktu itu mereka ke petrol station untuk isi minyak. Tiba-tiba Zyn masuk kereta dan bagitahu dia baru lepas ‘pijak kepala orang’ dan pihak polis pun terus bawa dia ke balai untuk siasatan lanjut.

Tapi apa yang kelakarnya, tak pasal-pasal nama penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang, Haqiem Rusli dikaitkan dengan kejadian ini. Yelah, dalam berita tak sebut pun siapa nama suspek tapi hint yang diberi hanyalah seorang komposer muda yang berusia 21 tahun. Jadi terus nama Haqiem tiba-tiba naik. Dia pun agak terkejut dan post satu tweet. Kesian Haqiem, dia tengah sibuk prepare untuk perform, sekali kena tuduh pula.

Sumber gambar

At the same time, Caprice pun ada keluarkan satu statement melalui video dekat posting Instagram miliknya berkenaan isu yang melanda Zyn sekarang. Kata Caprice baru-baru ini Zyn nampak macam lain sikit daripada sikap sebenar dia sampaikan tak tidur selama empat hari dan tak balik rumah. As a friend, Caprice dengan Sufian Suhaimi decide untuk bawa Zyn jumpa dengan seorang ustaz tapi hasilnya tak ada gangguan makhluk halus. Mungkin ada masalah berkaitan jiwa dia which is stress kot.

Atau  mungkin juga sebab sekarang ada ramai penyanyi baru meningkat naik dan Zyn rasakan dia perlu buat something supaya karya seni dia akan sentiasa dapat pikat hati peminat. Tapi netizen lebih suka kecam berbanding sokong karyanya. Itu yang buatkan dia rasa down sampai bertindak melulu.

Harapnya lepas ini Zyn sembuh daripada sebarang penyakit yang dihidapinya. Ainaa harap #Lunagirls tak join sekali aktiviti mengecam dia dekat social media ya. Tapi apa pun harap-harap semua ini bukan la strategic marketing semata-mata sebab kalau ya, Ainaa sendiri yang pergi jumpa Zynakal bawa dia terbang! Hehe #jkjk

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Body Shaming Di Kalangan Remaja Makin Kerap!

Movie Angry Bird 2 Akan Buat Korang Shook! #BukanSpoiler