in , ,

Isu Budak Sekolah Buang Bayi?

Sumber gambar: https://www.wajibbaca.com/2016/01/sebaiknya-kamu-lari-ketika-bertemu-bayi.html

Kali ini Zoe nak share satu isu yang semakin kerap berlaku dikalangan remaja iaitu isu buang bayi. Ingatkan selepas banyak kempen kesedaran dan pendidikan mengenai seks yang sudah diajar di sekolah ia semakin berkurang tetapi sebaliknya. Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia dari tahun 2014 sehingga 2018, jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat dan ia bersamaan seorang bayi dalam masa tiga hari dibuang! OMG! This is a serious issue! 

via GIPHY

Sudah banyak pihak yang bertanggungjawab ambil pelbagai tindakan atas isu macam ini tau tapi itulah ia berbalik kepada diri kita sendiri sebagai perempuan untuk jaga diri kita sendiri dari melakukan benda yang kurang baik. Kadang-kadang Zoe terfikir, orang yang buang bayi ini dia okay tak selepas dibuang baby dia? Bayi itu pula tak berdosa langsung dan tak tahu apa-apa.

via GIPHY

Kalau kita nak salahkan pihak ibu bapa pun tak boleh juga, sebab Zoe percaya kebanyakan ibu bapa sangat menitikberatkan pendidikan agama dan sosial sejak dari kita semua kecil lagi. Lebih lagi, sex education di negara ini pun sudah mula diambil serius oleh pelbagai pihak kementerian kerana kes ini semakin meningkat.

Sumber gambar:

Zaman moden dengan teknologi yang semakin canggih membuatkan pelbagai golongan umur seperti kita #Lunagirls, even adik-adik awak pun boleh tahu dari pelbagai bentuk media massa dan kalau tak dipantau dan digunakan dengan cara yang betul memang ada mudaratnya. Bahayanya..

Sumber gambar:

Zoe harap selepas ini, kalau #Lunagirls ada kawan-kawan atau diri sendiri yang terlanjur janganlah buang bayi itu sebab sekarang ini sudah banyak Baby Hatch yang disediakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan bayi selain itu bayi itu pun boleh mendapat perlindungan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan nak galakkan awak semua buat benda tak elok tapi kalau boleh elakkan diri dari buat perkara yang buat ibu bapa awak sedih sebab nanti diri awak juga yang merana.  Take care girls!

via GIPHY

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Vokal Suara Sedap Kalah BBNU

Nakal Sangat Sampai Lekat Gam Gajah Dekat Cawan!😡