in ,

iPhone 12 Dijual Tanpa Charger, Samsung Juga Ikut Langkah

Sumber gambar: thetechfox

Tak sabarnya nak tunggu iPhone 12 keluar tak lama lagi. Mesti lagi cantik daripada iPhone yang dah ada sekarang. Tapi dengarnya tak ada charger, macam mana nak charge phone? Pakai niat je kot?

Last week kecoh sedikit apabila berita mengenai iPhone 12 yang dikatakan tidak dibekalkan dengan charger atau sebarang Earpods. Agaknya macam mana nak charge phone dan dengar lagu kalau tak ada dua benda ini? Adakah kita kena beli asing? Apa guna beli phone tapi tak ada charger dengan earpods? Walaupun pada mulanya dikatakan berita ini hanya khabar angin sahaja tetapi lama kelamaan ada beberapa sumber yang mengesahkan tentang perkara ini.

Yesterday's iPhone 12 specs leak was huge – let's talk about the ...
Sumber gambar: BGR

Since berita ini mula tular di seluruh dunia, ramai yang mengecam dan kecewa dengan tindakan syarikat gergasi dari Amerika Syarikat itu. Tapi at the same time juga ada sesetengah yang tidak terkejut kerana Apple sentiasa beri kejutan kepada pengguna mereka. Tengok sahajalahΒ cable charger Apple, berapa lama je boleh pakai nanti tak sampai setahun dah rosak. End up korang kena keluarkan duit untuk beli cable yang baru.

Bila adanya kelainan yang ditunjukkan oleh Apple ini, sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada pesaing mereka sendiri iaitu Samsung. Samsung telah mengambil pendekatan untuk menyuntikΒ element yang digunakan oleh Apple ke dalam produk baharu mereka iaitu Samsung Galaxy dengan memulakannya bagi model telefon Galaxy Note-10 yang telah didatangkan tanpa earphone jack. For those yang tak tahu, earphone jack ialah ruang untuk memasukkan earphone ke telefon kita.

Does the Note 10 have a headphone jack? | Android Central
Sumber gambar: Android Central

Bermula dengan keluaran iPhone 7 Plus, Apple tidak lagi mempunyai earphone jack. Tapi ia disatukan di dalam tempat yang sama bagi earphone jack dan juga charger port. Kalau nak senang, tak perlu kongsi dah. Just beli airpods sahaja, senang tak perlu nak ada masalah kalau nak charge phone sambil dengar lagu. Boleh korang buat video TikTok sambil pakai airpods, baru style dan lain daripada yang lain!

Memandangkan iPhone 12 pun akan dikeluarkan tanpa charger, ada ura-ura mengatakan bahawa Samsung juga akan mengikut langkah yang sama. Mungkin Samsung sendiri dah nampak peluang untuk menambah baik penjualan telefon mereka. Kemungkinan perkara tersebut akan dilaksanakan sekitar tahun 2021 yang bertujuan untuk merendahkan sedikit kos jualan kerana bagi mereka kebanyakan pengguna Samsung sudah pun mempunyai charger mereka yang sendiri.

Official Samsung Qi Wireless Fast Charging 2.0 Duo Pad - Black
Sumber gambar: Mobilefun

At the same time kita dapat juga menyelamatkan Bumi. Perkara ini memberi impak terhadap kesan terhadap alam sekitar kita lebih lagi apabila bahan buangan dapat dikurangkan. Mungkin pada masa sekarang kita tak nampak kebaikan kepada alam sekitar tapi hakikatnya akan memberi impak yang besar kepada kita in future.

Bagi iPhone 12 nanti, kelainan yang dibawakan oleh syarikat Apple ini ialah untuk mendidik kita semua sebagai pengguna untuk beralih kepada perubahan yang mereka lakukan satu persatu ini. Bermula dengan penjualan airpods sehinggalah kepada memansuhkan pemberian soket, cable serta earpods. Untuk pengetahuan korang, iPhone 12 bakal didatangkan dengan teknologi 5G connectivity. Teknologi ini sedia maklum memakan kos yang tinggi bagi pembuatan iPhone 12. Just imagine bila dah ada teknologi 5G, ada juga termasuk earpods, cable serta soket mungkinΒ harga akan jadi mahal. Kita tengok daripada sudut positive yang mana kita dapat berjimat sedikit kerana kos keperluan yang lain sudah ‘disalurkan’ untuk menghasilkan teknologi 5G tersebut.

Apple iPhone 12 base model may retail for $749 - Gizmochina
Sumber gambar: Gizmochina

Sekitar dua tahun lepas, Apple sudah terapkan penggunaan wireless charging kepada pengguna. Cuma ia belum lagi ‘diwajibkan’ dalam keluaran produk mereka. Boleh jadi selepas ini keluaran iPhone yang seterusnya pula tak ada charging port... Siapa tahu? Apple suka beri kejutan kepada penggunanya.

Bagi mendapatkan charger, Apple ada menawarkan charger 20W baharu bagi pembelian berasingan. Sama juga untuk Samsung, korang juga boleh dapatkan charger secara berasingan di stor Samsung berdekatan. Korang rasa dengan adanya pembaharuan ini adakah harga phone untuk Apple dan Samsung akan lebih murah? Atau sama sahaja? Apa pendapat korang pula?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

YouTuber Tercyduk Dengan Suara Mengancam Felix Stray Kids

Muzik Video Sembah Oleh Naim Daniel Bakal Keluar, Naimians Ready?