in , ,

Instagram Hacks Untuk Acah-Acah Instafamous!

Sumber gambar: www.independent.co.uk
Sumber gambar: https://www.instagram.com/lunariamy/

Selalu main Instagram tapi asyik buat benda yang sama je.. upload OOTD, update IG stories, like gambar kawan-kawan.. keep on scrolling.. #noob! Come on girls, Instagram bukan hanya tempat untuk kita kongsi gambar yang cantik je, tapi sebenarnya ada beberapa tricks rahsia yang mungkin korang masih tak tahu lagi! Meh Ainaa kongsikan..

MUTE FOLLOWING

Sumber gambar: https://www.instagram.com/ainaa_lunaria/

Ada kawan-kawan yang annoying? Tak berapa minat nak tahu posting or IG stories beberapa orang yang #Lunagirls follow? Rasa macam nak unfollow tapi tak sampai hati.. Ainaa faham sangat! Haha! Actually, you girls boleh pilih untuk mute their IG story or posting! Jangan risau, orang tu takkan tahu yang korang mute dia.. #jagahatimember

SOROK GAMBAR TAG

Sumber gambar: https://www.instagram.com/ainaa_lunaria/

Kita beria jaga feed and post gambar cantik-cantik je, sekali kawan yang lain post and tag gambar kita tengah buruk pula! OMG! Untuk elakkan orang lain nampak gambar yang ‘tak senonoh’ tu, why not you girls hide photo tag gambar tersebut daripada your followers. Tapi sebenarnya kalau tak buat macam tu pun takpe, apa salahnya sekali sekala orang lain tengok perangai masuk air korang. Haha!

SAVED PHOTO DALAM SATU FILE

Sumber gambar: https://www.instagram.com/ainaa_lunaria/

Bila tengok posting orang yang kita follow tu cantik, kita boleh save gambar dekat dalam Instagram tau! Kita boleh simpan gambar or video makeup, resepi masakan, shawl tutorial dan banyak lagi.. Daripada biar berserabut macam tu, #Lunagirls boleh asingkan semua tu mengikut folder!

CLOSE FRIENDS

Sumber gambar: https://www.instagram.com/ainaa_lunaria/

Kadang-kadang tak semua benda kita boleh kongsi dengan followers di Instagram, lagi-lagi kalau ia berkaitan dengan our private life. #Lunagirls boleh je pilih followers or friends yang paling rapat dekat Instagram untuk masuk dalam list your close friends. So, kalau ada apa-apa video atau gambar peribadi yang nak dikongsi, korang hanya click button close friends okay! Tapi kena hati-hati juga sebab tak semua close friend tu betul-betul boleh dipercayai tau..

GANTI TULISAN

Sumber gambar: Richie Newrich

Bosan dengan tulisan biasa dekat Instagram? #Lunagirls boleh cari mana-mana website yang sediakan tulisan menarik dan hanya perlu copy paste je ayat korang ke bio Instagram! Baru la nampak lain daripada yang lain. Tulisan tu korang boleh letak dekat bio, caption gambar atau Insta story juga! Nampak lebih kreatif dan lain sikit Instagram korang nanti..

Okay tak tips and tricks Ainaa tadi? Kalau Instagram ada update features baru nanti, Ainaa akan cepat-cepat share dengan korang okay! Sementara tu, jangan lupa check out tips and tricks yang lain di LUNARIA!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Muka Cantik, Tapi Bilik Bersepah! Siapaaaa Tu?

Wajib Ke Charge Phone Baru 8 Jam?