in ,

Instagram Famous Dulu Bergaya Depan Kamera, Sekarang Beraksi Di Dapur

Sumber gambar: Instagram @harithzazman / Instagram @nabila_asyiqin

Wowww, tak sangka ingatkan mereka ni hanya tahu bergaya depan kamera sahaja. Rupa-rupanya pandai memasak juga! Mesti banyak resepi best yang mereka akan cuba lepas ni.

Ehemm, jangan ingat semua influence tu hanya tahu bergaya depan kamera, posing sana sini je tau. Siapa sangka mereka juga mempunyai bakat terpendam dalam memasak ya. Maklum la musim PKP dan bulan puasa ni, ramai baru tahu yang mereka sebenarnya pandai memasak. Tengok je la influence yang Ainaa akan share dengan korang ni, dalam diam mereka ni rajin memasak dan satu lagi rajin record video tau! Kalau Ainaa la, dah masak tu tak dan nak record video, risau hangit je masakan tu nanti, haha!

HARITHZAZMAN

Haihh kalau cakap pasal Harith ni, Ainaa dengan Zoe kena move satu step ke belakang la sebab kami berdua memang suka tengok Harith ni. Bukan apa, dia ni dah la kelakar lepastu cute pun ada. Dapat tahu pula semenjak PKP ni, ada bakat memasak. Tapi kebanyakan makanan yang Harith akan masak ialah dessert sebab rasanya tu paling senang kot bagi dia. Maklum la kalau tengok video Harith ni dekat Youtube channel Sterk Production, nampak macam dia tak pandai memasak ya. Korang tengok sahaja la dekat Instagram dia tu, banyak pula resepi baru yang dia cuba. Antara banyak-banyak resepi tu, Ainaa paling tertarik dengan resepi kek batik dia, sebab Ainaa suka makan kek batik, haha! Untuk pengetahuan korang, Harith ni merupakan salah seorangΒ content creator dekat Sterk Production yang selalu buat video best dekat Youtube. Mana tahu one day nanti Lunaria boleh collab sekali dengan Sterk Production ke? Hehe!

NABILA ASYIQIN

View this post on Instagram

Hi semua! Aaaa berapa jam je lagi nak buka ni yayyy! Btw Ekin share recipe Double chocolate bomboloni ni sekarang lah, since ramai vote nak before buka kan? 😝🍫✨ Asalnya nak buat chocolate donut lepastu fikir mcm best je buat bomboloni terus.. soooo here goes!🀩 . Btw korang boleh half kan recipe ni tau sebab terbuat banyak pulak πŸ˜‚ recipe ni dapat 15pcs+- mcmtu . DOUBLE CHOCO BOMBOLONI🍫✨ . Ingredients: BOMBOLONI πŸƒ4 cawan tepung 🌼2 tbsp gula πŸƒ1 tbsp yeast 🌼50g margarine πŸƒ5 tbsp susu pekat 🌼3/4 cawan cocoa powder πŸƒ1 cawan air suam 🌼1 tsp vanilla essence πŸƒ1 tsp baking powder 🌼1 tsp garam πŸƒAir sikit masa uli . TOPPING & FILLING 🍫Chocolate chunk/chip (ekin guna Hershey’s Milk chocolate chips) 🌸Some milk ✨Castor sugar . 1. Mula-mula campurkan yeast + susu + gula + air suam. Biarkan 15-20mins or sampai kembang & bubbly 2. Sementara tu bancuh tepung + baking powder + cocoa powder + margarine 3. Tuang yeast mixture yg dah kembang tadi & uli 4. If kering sangat, letak a few drops of water 5. Lepas uli, tutup bekas guna kain & biar 1hr 6. After 1hr & dough kembang, tumbuk2 sikit lepastu ambik sikit, leperkan & tekap guna acuan (ekin guna gelas je) 7. Biar dia naik kejap, and then goreng! Yayyy! 8. Lepas goreng, salut bomboloni dalam castor sugar 9. Utk filling, boleh double boil chocolate chunk + susu sikit, then bagi dia sejuk nanti dia pekat. Masukkan dalam piping bag. 10. Sebelum masukkan filling, buat lubang dekat bomboloni tuuu then pipekan filling & siapp! 😍❀️😍❀️ . Selamat mencuba tauuuu! & selamat berbuka puasa kejap lagi✨🌸 #nabilasyiqinrecipe #1hari1recipe #1hari1reciperamadhan

A post shared by Nabila Asyiqin (@nabila_asyiqin) on

Sebelum ini, Nabila Asyiqin ni dikenali sebagai seorang traveler yang suka solo trip. Mana mana trip dia pergi, mesti dia akan pergi seorang diri. Tengok sahaja la dekat story highlight Instagram dia, banyak tempat best yang dia dah kunjungi sama ada berseorangan atau bersama dengan rakan-rakan. Selain itu. Nabila atau lebih mesra dipanggil Ekin ni juga merupakan seorang model sepenuh masa. Kalau korang perasan, mukanya jelas terpampang dekat banyak jenama pakaian dan tudung. Sejak sudah mendirikan rumah tangga, Ekin lebih banyak menghabiskan masa bersama suami dan kerjanya sebagai seorang model. Musim PKP ni, Ekin mula menunjukkan bakat dia dalam memasak yang mana pada mulanya dia hanya suka-suka untuk berkongsi resepi Dolgano Coffee, sekali sekarang ni jadi sehari satu resepi pada bulan Ramadhan. Korang yang suka cuba sesuatu yang baru tu, cuba la ikut resepi Ekin ni sebab kebanyakannya memang simple.

KHADIJAH HABSHEE

Bermulanya sebagai seorang Youtuber, kini Khadijah yang baru sahaja berusia 18 tahun dah mula kongsikan resepi masakannya di channel Youtube miliknya. Ya, Khadijah ni baru je berusia 18 tahun tapi cara dia nampak sangat matang tak macam orang yang berusia 18 tahun. Actually Ainaa mula tahu tentang Khadijah ni melalui kakaknya iaitu Aisyah Habshee yang mana juga merupakan seorang Youtuber juga. Apa yang menarik tentang content Youtube dua beradik ni ialah mereka sangat santai, selamba dan menjadi diri sendiri. Biasa certain influence mesti malu nak tampil tanpa makeup, tapi dua beradik ni memang tak ada masalah kalau nak tunjuk muka baru bangun tidur atau tak mandi lagi. Korang boleh check out account Youtube mereka berdua dan kalau nak resepi up to date macam resepi masakan simple dan ala-ala TikTok, korang check out Youtube channel Khadijah ni okay.

RAFFIE YUSOFF

View this post on Instagram

Idea untuk berbuka harini if dah bosan makan nasi.. Spicy Tuna Spaghettini guna produk2 dari @hexafood 😍 . Nak beli HEXA? Senang je! KLIK LINK KT BIO RAFFIE, order then terus barang dipos ke rumah anda πŸ˜‰ . PASTU dh ada produk HEXA, join pulak contest..mana tau dpt menang produk FREE dari hexa! 😍 . Resepi utk 3-4 hidangan Bahan-bahan: 300gram pasta, direbus sehingga masak/ al dente (raffie guna spaghettini) 3 + 3 sudu besar sudu besar minyak zaitun 2 tin tuna (raffie guna tuna chunk in olive oil) 5 ulas bawang putih, dicincang halus 4 biji cendawan shiitake, dihiris 1/4 biji lada benggala merah, dihiris 1/4 biji lada benggala hijau, dihiris 10 biji tomato ceri, dibelah 2 2 sudu kecil HEXA 4in1 (CHILI) / chili flakes 3/4 sudu kecil HEXA 4in1 (ROCK SALT) / garam 1 sudu kecil HEXA 4in1 (PARSLEY) / dried parsley Hidangkan dengan HEXA Salted Egg Fish Skin Selamat mencuba! @hexafood #AMinutewithRaffieYusoff #hexafood

A post shared by Raffie Yusoff (@raffieyusoff) on

Siapa cakap lelaki ni tak pandai masak? Selain Khairulaming, kita ada ramai lagi lelaki yang berbakat dalam memasak dan salah seorangnya ialah Raffie Yusoff. At the same time, Raffie ni bukan sahaja pandai memasak tapi boleh menyanyi juga ya. Pakej lengkap ya begini, haha! Kalau memasak pun memang semua resepi dia macam mak mak punya resepi iaitu simple tetapi sedap! Maklum la, jarang ada lelaki yang suka memasak dan share dekat orang ni. Biasanya kita mesti anggap lelaki ni tahu makan je, masak taknak. Boleh jadi itu hanya abang korang sahaja yang bersikap begitu, lelaki lain tak. Boleh jadi juga mereka sengaja tak mahu tunjuk bakat kerana mereka takut kita yang akan tergugat. Selain pandai memasak dan boleh menyanyi, Raffie juga ada membuka kedai bakery dia sendiri. Aduh, memang pakej lengkap kesukaan para ibu untuk dijadikan menantu ni. Eh?

So lepas ni tak mustahil kalau ada lebih ramai influence dan Instafamous yang akan menunjukkan bakat mereka dalam masakan. Lepas ni semua orang dah boleh buka kedai makan sendiri ya! Ini la yang dinamakan influence yang memberi impak positive kepada pengikut.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 4 Apps Order Makanan Untuk Berbuka Puasa

5 Pelakon Korea Sudah Pergi Military Sebelum Popular