in ,

Instagram Buang Tab ‘Activity’, Macam Mana Nak Stalk Crush?!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Alamakk! Serious laa lepas ini dah tak boleh tengok aktiviti orang yang kita follow dekat Instagram? Then macam mana nak tahu crush kita like gambar siapa?!

Since forever, Instagram memang terkenal dengan ‘hobi’ yang suka update filter baru setiap masa. Tapi kali ini nampaknya Instagram ‘tumpas’ bila mereka terpaksa take down satu filter yang dah lama menetap dalam Instagram which is tab FOLLOWING.

via GIPHY

Kalau korang perasan sekarang ini tab FOLLOWING memang dah tak ada daripada feed Activity user. Filter ini mula diwujudkan since tahun 2011 tapi sampai sekarang tak dapat sambutan ramai. Which is orang tak kisah pun pasal tab tersebut, melainkan korang ialah seorang stalker tegar dan benda itu jadi alat bantuan untuk stalk aktiviti seseorang.

Image result for instagram activity
Sumber gambar

Boleh dikatakan yang tab tersebut memang jarang digunakan oleh pengguna, so kalau benda dah tak digunakan, untuk apa nak simpan lagi betul tak? Bukan itu je, ada juga user yang rasa tak selesa bila aktiviti mereka diketahui oleh orang lain.

So for now korang memang takkan nampak dah activity orang lain selain activity korang sendiri dekat Instagram. Kira dah selamat sekarang ini sebab orang lain takkan tahu gambar apa yang korang like, siapa yang korang baru follow dan apa yang korang komen.

via GIPHY

Tapi benda i jadi nightmare for girls out there yang suka stalk crush or boyfriend or girlfriend sendiri. Korang dah tak boleh nak stalk account girl yang crush korang baru like seminit lepas. For couple pula no more gaduh lepas Ini sebab si dia pun takkan cari pasal dengan korang kalau korang baru lepas like gambar lelaki lain, huhu!

Apa pendapat korang tentang pembaharuan ini? Menyenangkan atau tak ada apa-apa effect pada korang? Komen dekat bawah okay!

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Super Junior Ada Lagu Baru ‘Hmm I Think I…’

Nak Skor Subjek Sejarah Dan Geografi? Nah Baca Ini…