in , ,

#InspirasiLuna: Tya Edros

Sumber Gambar: LUNARIA

Hai #Lunagirls, segment #InspirasiLuna kali ni, Lunaria dengan influencer yang cantik dan talkative iaitu Tya Edros. Mesti korang kenal dia kan? Dia sangat friendly dan Ummi suka sangat dengan kening dia yang on point itu fuhh! Dalam #InspirasiLuna kali ini, Ummi cuba lah korek-korek rahsia Tya, macam mana dia handle cyber bully dan apa yang selalu dia buat kalau dapat negative comments. Nak tahu, ha jom baca artikel Ummi.

MUSICAL.LY

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Bagi yang tertanya macam mana Tya ini boleh famous dan dapat banyak followers adalah disebabkan Musical.ly. Kalau compare dengan app sekarang, aplikasi itu macam TikTok. Bukan itu je, dia mula menjadi tarikan disebabkan contact lens doll, yang menampakkan matanya besar ketika membuat video. Kalau korang nak tahu sejak hari itu, followers dia naik 10,000 sehari! #GirlPower

CABARAN

via GIPHY

Faham-faham lah bila dah famous, mestilah ada haters. Bagi Tya haters ini adalah cabaran paling kuat, sebab dorang ini lah yang boleh downkan dia. Lagi-lagi lepas Tya mengeluarkan content yang berbentuk Islamic, mulalah orang tak senang duduk gosip itu ini tapi Tya tetap cool dan tersenyum.

HANDLE KRITIKAN

via GIPHY

 Apa yang bagus mengenai Tya ini, dia sentiasa berfikiran positive walaupun haters hentam dia dengan macam-macam. Tya kata “Apa yang dorang cakap, kita biarkan je. Lama-lama dorang penat dan senyap sendiri. Bila selalu buat macam tu, dah tak ramai orang yang bagi negative comments.” Matangnya Tya!

NASIHAT KEPADA CYBER BULLY

via GIPHY

Kalau boleh, stop kata-kata atau perbuatan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Lagi-lagi dalam internet, jangan lah kutuk orang lain sebab kita tak tahu situasi sebenar orang tu. Tak pasal-pasal orang tu end up ada depression. Alamak! Tak takut ke, girls?

Alahai, bukan setakat cantik dan sopan santun tapi sikap Tya yang sangat positive ini patut dicontohi tau #Lunagirls. Bagi Tya, hidup dia akan happy bila dia ambil kata-kata yang positive je dan anggap the rest of the negativity sebagai pembakar semangatnya untuk menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Tidur Pun Nervous, Takut Berdarah!

Pergi Holiday Elak Matahari Macam Vampire!