in ,

Inspirasi Rambut Pendek K-Pop Idol Khas Untuk Girls

Sumber gambar: www.soompi.com

Tidak dinafikan bagi kebanyakan girls, rambut adalah mahkota untuk diri kita. Ramai yang suka menggayakan rambut dengan cara tersendiri untuk nampak cantik di mata orang yang berada di sekeliling. Dan sekarang ramai yang suka ada rambut yang panjang dan mengurai.. Kalau nak tengok yang berambut pendek pula ratio-nya 4 dalam 10 orang sebab tidak ramai pun yang suka dengan rambut pendek sebab sayang nak potong rambut. Akan tetapi, kalau korang nak tahu… dengan gaya rambut pendek pun korang boleh nampak hot dan elegan juga. Tak percaya? Jom tengok inspirasi rambut pendek ala K-Pop idol khas untuk korang yang girls ini! 

STRAIGHT BOB ALA RYUJIN

Sumber gambar: bias wrecker

Untuk pengetahuan korang, gaya rambut bob lurus ini memang sangat sesuai untuk remaja yang suka dengan penampilan fresh dan chic. Kalau korang adalah seseorang yang suka nampak bergaya dengan rambut yang satu ini, korang boleh cuba buat potongan rata pada bahagian bawah rambut korang sebab ia akan beri kesan yang sangat semi-maskulin dan tidak terlalu feminin.

LEE JOO YOUNG STACKED BOB

Sumber gambar: pinterest

Siapa sahaja tak kenal dengan watak tomboy dalam drama Itaewon Class yang seorang ini kan? Gaya rambut Lee Joo Young ini lebih kelihatan berdimensi dan kalau korang pergi ke salon rambut, korang cakap sahaja korang nak potongan stacked bob. Memang lain daripada gaya rambut pendek yang lain. Stacked bob lebih kelihatan ada layer di bahagian belakang dan berbentuk poni di bahagian hadapan agar nampak lebih muda.

BAE SUZY SOFT LAYER BOB 

Sumber gambar: pinterest

Gaya rambut soft layer bob yang paras leher dengan sentuhan sedikit layer di bahagian bawah macam Bae Suzy pelakon yang cantik ini pun memang sangat sesuai untuk korang yang sukakan gaya rambut pendek yang kemas. Memang nampak sangat cantik dengan sedikit poni sederhana di bahagian hadapan rambut.

KIM JI WON SHORT WAVY HAIR

Sumber gambar: pinterest

Memang di antara gaya rambut paling mudah untuk ditampilkan oleh sesiapa pun dan sangat mudah untuk digayakan. Korang tak perlu poni atau bang, sebab ia sudah cukup manis untuk korang tampilkan gaya short wavy hair ini dengan belahan rambut di bahagian tepi. Memang sesuai untuk setiap golongan umur. 

PIXIE HAIR JEONGYEON 

Sumber gambar: twitter yoo jeonghyeon TH

Dalam dunia K-Pop biasanya gadis-gadis yang diidolakan kebanyakannya rambut mereka panjang dengan pelbagai warna dan gaya. Tapi bila sekali ada salah seorang dalam group members perempuan rambutnya pendek, mesti dia yang paling menyerlah sebab orang akan tanya “siapa yang rambut pendek itu?” sebab mereka nampak paling outstanding antara yang lain. Sama seperti Jungyeon Twice, dia lebih nampak bergaya dengan potongan rambut pixie.

Sekarang ada tak antara korang yang rasa nak berambut pendek? Tak salah pun untuk korang mencuba gayakan rambut pendek sekali-sekala. Best tau sebenarnya ada rambut pendek! Sebab jimat syampu, rambut pun cepat kering tanpa perlu guna hair dryer, nak cuci setiap hari pun boleh dan kepala pun rasa ringan saja. Iyalah, mana tahu korang lepas ini pun nampak hot dan cantik macam K-Pop idol yang kami cakap tadi? Siap crush korang sendiri notice dan datang dekat puji “woah! cantiknya rambut baru awak!”, hehe! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Pop Idol Yang Selalu Orang Ingat Adik-Beradik Kembar

Kisah Benar Lagu Baru Haqiem Rusli, Adlina Marie