in ,

Insecure Dengan Diri Sendiri? Atasi Dengan Cara Ini

Sumber gambar: Vsco

Hmmm, cantiknya rambut Sakinah. Panjang, lembut, lebat. Rambut aku? Macam sawah padi yang baru nak tumbuh je, jarang-jarang pula tu… untungnya jadi cantik macam dia.

Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri dalam diri. Tapi as a girl, kita suka nak compare diri dengan orang lain walhal dalam diri kita pun ada kelebihan yang tersendiri. Jangan disebabkan someone nampak lebih sikit daripada kita buatkan kita rasa kekurangan. No no no no! Perkara itu  yang akan buat korang rasa insecure dengan diri sendiri tau.

Lebih-lebih lagi masalah body insecurities yang ada dalam diri which is rasa kekurangan dengan tubuh badan. Semua orang ada rasa insecure tapi biarlah berpada, bukan suka-suka semua benda nak rasa insecure. Ada cara yang tersendiri untuk kita kurangkan rasa insecure. Jom check it out article ini okay. Lepas ini sama-samalah kita sayangi diri kita.

HADAPI SEGALA RASA TAKUT

via GIPHY

Punyalah insecure sampai rasa takut untuk kemana-mana. Sampai bila korang nak jadi macam itu? Kita kena juga hadapi rasa tersebut dalam diri. Mula-mula memang susah tapi bila dah biasa, rasa insecure pun akan hilang dengan sendirinya. Contoh korang sama macam Ainaa which is kalau dah pakai shawl, memang akan guna gaya yang sama sampai bila-bila sebab tak biasa pakai gaya lain dan insecure bila orang pandang. Walhal sebenarnya kita rasa lain sebab tak biasa buat. Bila dah terbiasa, kita mesti akan ada rasa berani dalam diri untuk cuba sesuatu gaya yang baru. Nak lagi confident, selfie je banyak-banyak. Kalau segan nak post dekat mana-mana social media, send dekat BFF korang. Mesti dia akan puji gaya baru korang tu!

CUBA DIALOG DENGAN DIRI SENDIRI

Image result for aesthetic positive girl
Sumber gambar: Pinterest

Sometimes rasa insecure hanyalah permainan dalam minda kita sahaja. Sometimes kita asyik ingat ada orang tengah bercakap tentang diri kita je, walhal tak ada apa-apa pun. Itu semua hanya perasaan dan pemikiran kita sendiri sahaja. Cuba ubah sikap overthinking dalam diri sebab tak ada siapa pun nak bercakap tentang diri kita kalau kita tak ada buat salah. Bukan setakat bersangka buruk dekat orang, bersangka buruk terhadap diri sendiri pun tak digalakkan ya. Ubah cara pemikiran negative kepada positive. Maybe sebenarnya orang bercakap tentang kebaikan yang korang buat atau ada orang yang suka tengok wajah manis korang .. Sekali sekala cuba ‘berborak’ dengan diri sendiri. Korang pun kena selalu positive sebab orang kata bila kita selalu positive, kita akan nampak cantik! Hehe!

PUJI DIRI SENDIRI

via GIPHY

Kalau kita tak puji diri kita, siapa lagi nak puji? Biasakan setiap kali bangun tidur, tengok cermin dan puji diri korang yang cantik itu. Sebenarnya kata-kata pujian boleh menaikkan rasa percaya dalam diri seseorang. Tak kisahlah kalau puji diri sendiri atau ada orang lain yang puji kita. Tapi kalau nak tunggu orang lain puji, macam lambat sangat sebab sekarang tengah musim Covid-19, tak ada nak jumpa sesiapa. So, kita pujilah diri kita sendiri ya. Tapi jangan sampai bongkak atau perasan seorang diri pula bila dah asyik puji diri.. Biar nak puji diri berpada ya. Itu merupakan satu motivasi bagi diri kita sendiri supaya sentiasa percaya yang ada kelebihan dalam diri kita. Tak kisah pun mat sepet ke, kening tebal ke, double chin tebal ke atau apa sahaja. Kita semua dijadikan sebagai seorang yang cantik!

Lepas ini jangan ada lagi rasa insecure dalam diri okay. Sentiasa percaya yang kita semua ada kelebihan dalam diri. Mungkin belum masanya untuk korang tonjolkan kelebihan itu? Just believe in yourself and #StayAtHome !

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senaman Indoor Jaga Badan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Filem Korea Seram Next Level Korang Harus Tonton!