in ,

Ini Tanda Si Dia Sukakan Kita!

Sumber gambar: Koreaboo

Ehh, kenapa si Danish tu like gambar aku pula ni? Dah la like gambar lama. Mesti dia tengah stalk aku pagi tadi kan.

Eleh, suka la tu bila ada orang suka dekat dia. Tipu la kalau kita as a girl tak suka bila dapat tahu ada orang syok dekat kita kan? Maybe dia segan nak mengaku yang dia suka dekat kita, so dia bagitahu dalam hint yang lain supaya kita dapat tangkap. But sometimes boleh jadi kita tak dapat tahu yang seseorang itu suka dekat kita. Ye la, kalau dah suka bagitahu la terus, kenapa nak sorok-sorok kan? Huhu! Tapi korang tahu ke apa tanda yang seseorang tu suka dekat kita? Macam mana nak tahu hint tu semua? Haa, jom check it out sebab Ainaa nak bagitahu dekat korang macam mana caranya untuk tahu yang someone tu suka dekat kita…

ASYIK AJAK KITA KELUAR JE

via GIPHY

Since korang masih bersekolah, mesti la tak boleh nak selalu keluar bersama-sama. Cara paling mudah dia nak ajak korang keluar ialah rehat bersama-sama sahaja. Ye la, kalau sekolah bila pula nak keluar kan? Kena tunggu weekend lama la pula. Tapi boleh jadi dia selalu ajak korang pergi study group lepas habis sekolah. Sekali dua tu korang mampu la tolak tapi kalau dah berkali-kali dia ajak, takkan korang masih nak tolak lagi kot? Cara dia ajak korang keluar ialah dengan hint kecil-kecil macam kata nak minta teman pergi library atau beli buku something.

TIBA-TIBA LAYAN KITA KASAR

Image result for boy and girl friend
Sumber gambar: Pinterest

Bila someone tu layan kita secara kasar, tak bermaksud dia membenci kita atau rasa nak bergaduh dengan kita pun. Maybe sebelum ni dia layan kita biasa-biasa je sebagai kawan. Tapi tiba-tiba kali ini dia layan kita kasar pula. Biasanya kalau lelaki suka dekat kita, dia akan layan kita secara kasar. Kenapa mereka layan kita secara kasar? Iya la, itu sahaja caranya untuk dia mendekati kita. Bole jadi korang garang sangat, jadi cara untuk dia rapat dengan korang ialah dengan cara berkasar dengan korang tapi in a good way. Tapi kalau ada orang buli korang, dia la orang pertama yang akan pertahankan korang. Kiranya hanya dia seorang je la yang boleh buli atau layan korang kasar, orang lain tak boleh!

KOMEN SETIAP POSTING KORANG

Sumber gambar: Lunaria

Baru je up Instastory, orang yang pertama yang tengok ialah si dia tu. Tak kisah la story apa pun, mesti muka dia yang paling pertama. Apa maksudnya dekat situ? Maksudnya dia on notification posting dan juga story korang! Setiap Instastory pun dia akan komen, tak kisah la komen apa pun. Even reaction emoji tu pun boleh jadi juga dia bagi dekat korang walaupun story tu hanya la gambar stationary korang. At the same time, posting korang pun dia antara paling awal like dan tinggalkan komen. Ha, ada nampak sesiapa yang berperangai macam tu tak?

KANTOI SUKA LEPASTU MENJAUHKAN DIRI

via GIPHY

Sometimes lelaki ni bila dia suka kita, dia akan jadi dua benda, sama ada berkelakuan biasa dengan kita atau jadi malu tiba-tiba. Kalau jenis yang biasa-biasa ni, once dah kantoi yang dia sukakan kita, dia akan berubah jadi orang lain. Which is dia akan menjauhkan diri daripada korang walaupun hakikatnya korang tak bagitahu lagi dekat dia bahawa korang dah tahu tentang perasaan dia. Sebolehnya dia akan elakkan diri daripada bertembung dengan korang bila dekan sekolah, lagi-lagi dekat kantin. Dia punya awkward macam sebelum ni tak pernah kenal je, padahal bukan main suka sangat kacau kita. Sekarang nak malu-malu kucing siam pula dia ya. Ehh tapi risau pula dia menjauhkan diri daripada korang bukan disebabkan sukakan korang, tapi sebab menyampah dengan sikap gedik korang tu, huhu!

Alaaa, rasanya tak perlu pun nak bagitahu dekat korang tentang tanda seseorang itu sukakan kita. Korang sendiri pun mesti akan tahu dengan sendiri. Cuma risau bila korang dah tahu, korang dah takmahu berkawan dengan dia pula. Kesian dia kena friendzoned!

What do you think?

21 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments