in ,

Ini Sebenarnya Maksud Disebalik #VogueChallenge

Sana sini buat #VogueChallenge untuk apa sebenarnya? Tapi macam best je nak buat juga la macam tu sebab semua nampak style je…

Apa je challenge yang kita tak ikut? Rasanya semua challenge kita akan ikut sebab nak join trend masa kini. Sebelum ni kecoh pasal #LathiChallenge, now #VogueChallenge yang entah dari masa datangnya pun tak tahu. Macam mana boleh viral pun tak tahu juga, tahu tahu sekarang ni semua sibuk nak buat challenge macam tu. For those yang tak tahu, make sure baca article ni sampai habis supaya korang tahu dulu apa maksud challenge ni sebelum korang join buat sekali okay.

Macam yang korang tahu, Vogue ialah salah satu majalah international yang terkenal di seluruh dunia. Siapa yang dapat jadi cover untuk majalah tersebut memang beruntung yang mana itu merupakan peluang untuk melebarkan sayap sebagai model sehingga ke mata dunia.

At the same time sebenarnya #VogueChallenge itu ada kena mengena dengan isu BLM iaitu Black Lives Matter yang berkaitan dengan mereka yang berkulit hitam di negara barat. Untuk info perkara tersebut korang boleh search dekat Google okay, hehe! Okay kita sambung semula part #VogueChallenge ni ya. Actually majalah Vogue jarang menampilkan model berkulit gelap yang mana sebelum ini mereka hanya menampilkan model berkulit cerah sahaja sehingga membuatkan model lain berasa tersisih. So dengan itu terjadi la challenge ini sebagai salah satu cara untuk menyokong supaya selepas ini lebih ramai model berkulit gelap menjadi cover majalah tersebut.

https://vt.tiktok.com/DxGNVS/

Challenge ini juga sangat viral di TikTok sehingga ramai menggunakan hashtag tersebut di platform tersebut. Korang pun boleh search dekat TikTok untuk ketahui lebih lanjut berkenaan video TikTok tersebut.

Tapi rasanya tak apa kot kalau kita nak join juga challenge tu. Korang cuma perlu pilih gambar korang yang paling gempak sekali untuk dijadikan ‘cover majalah’. Boleh la kita berangan jadi model international kan, hehe! Kalau korang tengok memang ramai orang Malaysia termasuk influence buat challenge ni dan semua pakai gambar yang gempak-gempak tau.

Sumber gambar : Twitter Anasism

Bagi Ainaa kalau kita just saja-saja nak join challenge ni tak ada apa-apa masalah pun sebab tak ada kesan buruk sebalik challenge ni macam #LathiChallenge yang sebelum ni viral hebat di negara kita. Just untuk suka-suka berangan tak ada masalah pun asalkan korang jangan kaitakan dengan isu perkauman yang sekarang ni sedang hangat diperkatakan.

Untuk pengetahuan korang, berkaitan dengan #LathiChallenge tu sebenarnya adalah haram yang mana ia telah disahkan oleh mufti sendiri…

Tetapi jangan salah faham pula ya guys sebab apa yang haram itu ialah perbuatan makeup dan tarian itu sahaja yang bagaikan ‘memuja’ perkara ghaib yang kita sendiri tak dapat lihat. Lirik lagu tu tak mendatangkan mudarat pun sebab liriknya bukan la satu mantera atau ayat bacaan tetapi hanya la perkataan dalam bahasa Jawa lama.

That’s why la kenapa kita kena tahu dulu asal usul atau maksud sebalik sesuatu challenge tu. Tak salah kalau kita nak search dan baca dulu tentang challenge tu, asalkan ia tidak mendatangkan mudarat kepada kita yang ikut sama buat perkara tersebut.

So kalau ada sesiapa buat #VogueChallenge tu boleh la tag kitorang sekali, boleh la kami buat juga sebab macam teringin je nak berangan jadi model, hehe!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pilihan Warna Tudung Untuk Nampak Lebih Cantik

Makanan Korea Yang Harus Korang Cuba!