in ,

Ini Sebab Kenapa Sebenarnya Kita Mungkin Seorang Pembuli Siber

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Kebanyakan orang beranggapan bahawa antara ciri seorang pembuli siber ini adalah orang yang kerap menjadi keyboard worrior sahaja. Akan tetapi, ramai yang tidak sedar bahawa mulut netizen yang biasa seperti kita pun sebenarnya lebih tajam daripada keyboard warrior dan kita pun mungkin adalah salah seorang daripada pembuli siber. 

KOMEN “TIDAK SENGAJA”

via GIPHY

Antara yang pertama, komen “tidak sengaja” yang korang pernah tulis di mana-mana ruangan media sosial. Sebagai contoh, ayat korang berbunyi “hmm aku bukan apa, tapi aku rasa dia ini macam something juga sebab sebelum ini pun…” tidak kira sama ada korang retweet with replies, kongsi atau lain-lain. Lebih lagi korang yang akaunnya public mode.

CAKAP BELAKANG

Sumber gambar: vox

Ya, antara salah satu pembuli siber yang tidak sedar juga adalah cakap belakang. Contohnya, korang kenal seorang influencer yang terlibat dengan kes skandal boyfriend orang. Selepas itu, bila korang nampak dia di tempat umum seperti di kafe ke, mall ke dan lain-lain. Korang berbisik dengan kawan korang sambil pandang-padang mereka dan cakap “weh? itu bukan ke influencer yang rampas BF orang itu?”. Walaupun tidak pasti sama ada mereka dengar atau tidak. Akan tetapi kita juga dikira one of cyber bully.

RETWEET/LIKE/SHARE BERITA TAK PASTI

Sumber gambar: android police

Jika korang kerap retweet or like or share berita yang belum pasti kesahihannya di mana-mana sosial media, secara tidak sengaja korang telah berkongsi berita palsu dan bila ia melibatkan seseorang. Secara tak sengaja korang adalah salah seorang dari yang percaya berita tidak benar tentang mereka.

SERANGAN KOMEN

via GIPHY

Seterusnya adalah serangan komen. Adakah korang antara orang yang suka terlibat dengan orang yang suka komen dan bertanya soalan panas di ruangan komen? Kalau ya, korang juga adalah salah seorang dari pembuli siber.

“JABATAN NETIZEN?”

Kalau korang nak tahu, selain keyboard warrior. Sebenarnya, “jabatan netizen” ini pun wujud tau! Siap ada komuniti mereka sendiri di media sosial. Kalau korang antara salah seorang yang masuk komuniti ini, korang memang antara salah seorang pembuli siber sebab kalau korang nak tahu, dalam kumpulan itu. Mereka ada banyak cerita panas dan kalau mereka nak jatuhkan someone dalam sekelip mata pun boleh tau. Jaga-jaga!

Jadi, korang rasa adakah korang ada salah satu ciri pembuli siber “tanpa sengaja” ini? Jika ada, apa kata mulai saat ini korang belajar untuk cuba elakkan buat benda yang menyumbang kepada ciri pembuli siber. Mungkin dengan memberi pandangan dari dua sudut berbeza ke, pandangan secara umum ke, atau banyak lagi cara. Tak perlu pun terlalu jujur dalam meluahkan pendapat asalkan korang boleh kawal ayat dan perlakuan yang korang nak buat atau sampaikan pun sudah memadai.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Tak Nak Stokin Sekolah Hilang Waktu Cuci

Lagu K-Pop Yang Korang Boleh Layan Semasa Hujan