in ,

Ini Sebab Kenapa Korang Kena Tengok Milea: Suara Daripada Dilan

Jangan rindu… Berat, biar aku sahaja yang tanggung…

Siapa pernah dengar ayat manis tersebut? Kalau korang layan movie Dilan 1990 dan Dilan 1991 mesti korang tahu tentang kisah cinta antara Dilan bersama dengan kekasihnya, Milea Adnan Hussain. Kisah percintaan mereka terjadi di Kota Bandung, Indonesia pada sekitar tahun 1990. Filem ini dibintangi oleh bintang utamanya iaitu Iqbal Ramadhan dan Vanesha Prescillia.

For those yang dah tengok Dilan 1990 dengan Dilan 1991, apa pendapat korang tentang apa yang dah terjadi dalam kedua-dua filem? Korang  rasa geram tak? Geram disebabkan salah faham yang berlaku antara mereka yang pada akhirnya membuatkan hubungan itu putus ditengah jalan. Tapi apakah pengakhiran kisah mereka? Adakah Dilan dan Milea tetap akan bersatu semula seperti dulu? Pada sesiapa yang masih belum tengok, korang habiskan baca article ini untuk dapatkan mood layan movie cinta ini…

KISAH SEBENAR

Untuk pengetahuan korang, filem Dilan 1990, Dilan 1991 dan juga Milea: Suara Dari Dilan diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Pidi Baiq yang juga merupakan seorang penyajak dari Indonesia. Dikatakan juga filem ini merupakan kisah sebenar yang terjadi terhadap watak Dilan dan Milea itu. Maksudnya apa yang terjadi sepanjang kisah ini ialah benar belaka berdasarkan kisah percintaan mereka berdua. Bagi sambungan filem Milea: Suara Dari Dilan, korang akan nampak bahawa kegagalan cinta mereka terjadi disebabkan sifat ego yang ada dalam diri mereka sendiri. Nak tahu ego apa? Kena tengok dulu tak boleh Ainaa bagitahu nanti jadi spoiler  kepada sesiapa yang memang ternanti-nantikan sambungannya.

KURANG COMMUNICATION

Macam yang Ainaa cakap tadi, kegagalan cinta mereka ialah kerana masing-masing ego dan taknak berterus terang. Bila masing-masing tak berkomunikasi, simpan je rasa sakit hati itu mulalah akan bergaduh. Milea dan Dilan sepatutnya berterus terang bila ada sesuatu yang terjadi yang mana mereka tak boleh nak buat kesimpulan sendiri bila terjadinya salah faham. Kalau korang perasan ada satu scene waktu dalam filem Dilan 1991 yang mana Dilan menyuruh Piyan memberitahu Milea bahawa dia sudah mempunyai kekasih baru yang mana ketika itu mereka bergaduh disebabkan sikap Milea yang suka mengongkong Dilan. Rupa-rupanya Dilan hanya mereka cerita untuk Milea melupakannya dan Milea pun terus merajuk dan tak bertanyakan sendiri kepada Dilan tentang hal itu.

SIKAP MENGONGKONG MEMBAWA PADAH

Kalau korang ada girlfriend atau boyfriend dan dia pun ada kawan-kawan rapat dia yang sendiri. Adakah korang akan memaksa pasangan korang untuk tinggalkan kawan-kawan demi hubungan cinta korang? Walhal kawan-kawan dia dah lama kenal dia berbanding korang. Pada pendapat Ainaa sendiri, Milea tak sepatutnya kongkong Dilan dan melarang dia untuk lepak atau berkawan dengan geng-geng motor dia. Susah senang dia dah lalui bersama dengan kawan-kawan dia, takkan disebabkan korang dia kena tinggalkan kawan dia? Sepatutnya kita berlaku adil dan jangan jadi selfish macam Milea okay?

JALAN CERITA BERTAMBAH MENARIK

Tengok sahaja dalam Dilan 1990 dengan Dilan 1991 macam mana berjayanya berisan pelakon menjayakan watak mereka. Since ini ialah movie baharu, so lakonan mereka pun bertambah menarik. At the same time jalan cerita pun bertambah menarik dan penuh mendebarkan walaupun kita sudah sedia maklum bahawa cinta mereka tidak kesampain.

AYAT PICKUP LINE POWER

Setiap kata-kata puisi yang keluar dari mulut Dilan benar-benar membuatkan kita yang dengar ini pun rasa nak tersenyum sentiasa. Walaupun ada sesetengah yang berpendapat bahawa ayat itu macam ayat cliche tapi disebabkan ia keluar daripada mulut Dilan, terus tak rasa cliche. Opss!

Ainaa harap apa yang jadi kepada Dilan dan Milea ini boleh dijadikan pengajaran yang mana sekiranya kita sedang bercinta, make sure sentiasa berkomunikasi dan jangan terlalu ego serta pentingkan diri sendiri. Korang boleh tengok Milea: Suara Dari Dilan dekat Netflix! Nanti komen sikit apa pendapat korang ya…

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Pluto Bukan Lagi Termasuk Dalam Planet?

Baru 19 Tahun, Instafamous Ini Sudah Bergelar Isteri