in ,

Ini Sebab Kenapa Korang Harus Tengok It’s Okay Not To Be Okay

Sumber gambar: Asiaone

Drama hot bagi bulan ini, It’s Okay Not To Be Okay bagaikan memberi impak kepada penonton sehingga ia trending di Netflix Malaysia. Apa sebab K-drama ini famous sangat? Best ke?

Siapa dah tengok K-drama berjudul It’s Okay Not To Be Okay? Apa pendapat korang sepanjang tiga episode yang dah ditayangkan? Drama ini dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Seo Yea Ji yang mana daripada episode satu pun orang dah suka. Bila baca twit dan review daripada penonton, nampaknya drama ini memang menyentuh perasaan ya. Ini beberapa sebab kenapa ia dikategorikan sebagai drama ‘wajib tonton’ untuk bulan June. Jom check it out!

Gandingan hebat antara Kim Soo Hyun dan Seo Yea Ji sememangnya menjadi kegemaran penonton dan ada yang sampai tak sabar nak tunggu next episode untuk melihat mereka berdua berlakon di dalam drama ini. Kata orang chemistry antara dua orang pelakon ini memang sesuai. Perjalanan cerita di dalam drama ini bukan sahaja tentang percintaan tetapi ia juga ada menyentuh soal teknik self-healing bagi sesiapa yang pernah mengalami trauma dalam hidup. At the same time drama ini juga menyentuh soal kekeluargaan, persahabatan dan beberapa misteri yang perlu diselesaikan.

ADA PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Sekarang tengah musim penyakit virus Covid-19 yang sedang melanda dunia. So secara kebetulan drama ini ada menyentuh sedikit peringatan kesihatan kepada kita semua. Ada satu scene yang mana menunjukkan Oh Jung Se atau wataknya dalam drama tersebut sebagai Moon Sang Tae, menutup mulutnya ketika sedang batuk. Perkara seperti itukan merupakan ‘kewajipan’ untuk kita sekarang semenjak penularan Covid-19. Di sini dah nampak yang drama ini ada pesanan lain yang ingin disampaikan. Kita juga akan jadi lebih peka terhadap penjagaan kesihatan melalui drama, bukan setakat drama cinta sahaja.

KIM SOO HYUN IS BACK

Kim Soo-hyun returns as leading man in K-drama romance It's Okay ...
Sumber gambar: Straitstimes

Sebagai pelakon mestilah mereka perlu menghayati watak dengan sebaiknya supaya penonton dapat mesej yang ingin disampaikan. Itu yang membuatkan mengapa ramai peminat K-drama menyukai lakonan Kim Soo Hyun. Semasa dia berlakon dalam drama Dream High, bukan main emosi betul part dia patah hati sehinggakan ramai yang tersentuh dengan babak tersebut! Setiap watak yang dibawanya mesti akan memberi kejutan kepada penonton dan peminatnya sendiri. Sebelum ini dia hanya menjadi cameo dalam drama Crash Landing On You, sekarang dia menjadi watak utama bagi drama ini. Drama ini merupakan lakonan pertamanya untuk tahun 2020, lebih bersemangat untuk dia berlakon.

SENTUH SOAL AUTISM

Tak banyak drama Korea yang menunjukkan tentang kehidupan keluarga bersama dengan anak autism. Dalam drama ini, Soo Hyun yang memegang watak sebagai Moon Gang Tae perlu menjaga abangnya yang merupakan anak autistik, lakonan oleh Oh Jung Se. Bila ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit seperti itu, mesti dia akan mendapat perhatian yang lebih berbanding yang lain. Sebagai anak, Moon Gang Tae berasa tersisih kerana ibu bapanya hanya mementingkan abangnya sahaja. Korang kalau ada ahli keluarga yang menghadapi situasi yang sama mesti faham perasaan dia. At the same time terdapat juga elemen yang memaparkan tentang isu kesihatan mental berkaitan PTSD atau Post-Traumatic Stress Disorder, trauma dan juga tekanan.

MISTERI PEMBUNUHAN

Akibat kematian ibu, Mong Gang Tae dan abangnya Mong Sang Tae terpaksa berpindah setiap tahun untuk melarikan diri daripada pembunuh ibunya. Ketika kejadian, abangnya secara tidak sengaja telah menyaksikan kejadian tersebut sehingga membuatkan dia berasa trauma sehingga dewasa. Abangnya hanya mampu berkata bahawa ibunya telah dibunuh oleh ‘kupu-kupu’ kerana dia telah diugut oleh si pembunuh untuk merahsiakan identitinya.

Banyak sebenarnya mesej yang disampaikan melalui drama ini. Bagi Ainaa semua drama Korea memang ada pengajaran yang hebat, ia bukan sekadar kisah cinta sahaja. Korang boleh saksikan drama ini di Netflix setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9:30 malam.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Smoothies Paling Best dan Simple

Tips Untuk Masuk Ke Universiti Impian