in ,

Ini Sebab Kenapa BTS Masih Tak Pergi Military Lagi

Sumber gambar: headlineplanet.com

K-Pop idol memang terkenal dengan jadual harian mereka yang padat tetapi mereka juga tidak terlepas untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang rakyat Korea Selatan utamanya K-Pop idol yang lelaki sebab mereka perlu pergi ke latihan ketenteraan. Sama juga seperti BTS yang telah menjadi ikon dan kebanggaan negara Korea. Sesetengah peminat mereka mula mempersoalkan kenapa BTS tak pergi ke latihan ketenteraan semasa tempoh kuarantin dan fasa pemulihan kuarantin ini? Disebabkan waktu ini memang tidak akan ada sebarang aktiviti seperti konsert, fan meeting dan lain-lain boleh diadakan.. Okay jom kita baca apakah alasan yang menyebabkan mereka tak pergi lagi military.

via GIPHY

Ya, memang tidak dinafikan. Ada yang berpendapat, bukankah lebih baik jika kesemua anggota BTS pergi ke latihan military sekarang. Jadi, nanti ARMY tidaklah terasa sangat pemergian BTS selama tempoh dua tahun latihan military sebab kuarantin dan kita tahu bahawa virus Covid 19 ini betul-betul pulih dan sebagainya akan mengambil masa yang lama. Belum lagi jika nak kaitkan di Korea telah melanda gelombang kedua. Sebenarnya kalau korang nak tahu, kenapa BTS masih belum pergi ke military adalah sebab mereka semua sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.Β 

Sumber gambar: rindsayloss

Untuk pengetahuan korang juga, menurut sumber media Korea enam orang anggota BTS telah mendaftar untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Hanyang Cyber University iaitu Jin telah sambung sejak tahun 2017 dan kini yang lain pula ikut kecuali Jungkook baru-baru ini. Mereka semua bersepakat untuk menyambung pengajian jurusanΒ  Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam bidang Pengiklanan & Media. Agensi naungan mereka iaitu Big Hit Entertainment juga turut menjelaskan mengenai berita tersebut.

Mereka menjelaskan bahawa Suga, J-Hope dan RM telah mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Pengiklanan & Media pada bulan Mac lalu. Manakala V dan Jimin pula bakal memulakan pengajian mereka bermula September akan datang. Untuk Jungkook pula, dia dikhabarkan sedang menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Penyiaran dan Hiburan di Global Cyber University dan di sini kita semua dapat lihat yang walaupun mereka semua sibuk dengan aktiviti sebagai seorang K-Pop idol, mereka juga mampu seimbangkan jadual belajar dan bekerja dengan baik. Woah! Betul-betul beri inspirasi yang baik.

Walaupun begitu, masih ada lagi mulut bawang yang cakap mereka semua sengaja sambung belajar sebab nak mengelak daripada memasuki latihan khidmat ketenteraan. Namun hal ini telah dinafikan oleh BTS dan juga Big Hit Entertainment dan menjelaskan memang mereka semua masih berminat untuk menuntut ilmu lagi. Kalau korang nak tahu juga Jin BTS juga pernah keluarkan penyataan yang kalau sudah memang dia dipanggil untuk military, dia akan segera menunaikan tanggungjawabnya. Ha! Siapa kata mereka semua mengelat?Β 

Tahun 2018 lalu, satu peraturan ketenteraan baru diumumkan di mana umur maksimum untuk lelaki Korea menangguhkan perkhidmatan ketenteraan mereka telah direndahkan. Jadi, bagi lelaki Korea yang layak dan lahir pada tahun 1992 perlu memulakan latihan wajib tersebut pada tahun 2020. Jadi kita semua tunggu dan lihat saja okay! Apa-apa pun tahniah dan all the best in your study untuk BTS!Β 

What do you think?

59 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Drama Bulan Julai Khas Buat Kaki Drama

Sebelum Ini Jual Air Viral, Kini Daboba Jual Mochi Perisa Soya