in ,

Ini Sebab Kenapa Billie Eilish Prefer Fesyen Baggy๐Ÿ‘• ๐Ÿ‘–

Sumber gambar: https://vanyaland.com/2018/07/02/listen-to-billie-eilish-cover-drakes-hotline-bling-on-ukulele/

Girls! Korang suka pakai baju style macam mana? Ketat? Baggy? Ikut bentuk badan atau ngam ngam je? Kalau Ainaa, pakai je apa yang ada, malas nak fikir. Hehe!

Korang perasan tak penyanyi yang tengah meningkat naik, Billie Eilish yang popular dengan lagu Bury A Friend tu suka sangat pakai baju jenis baggy shirt. Tak pernah pula nampak dia pakai baju ketat atau terdedah.

Waktu interview dia dengan satu jenama pakaian dalam terkenal, penyanyi muda berusia 17 tahun ni ada share sikit kenapa dia prefer dengan style macam tu. Antaranya ialah sebab nak tutup bentuk badannya at the same time taknak orang lain fokus dekat benda yang tak penting.

Kira dia memang taknak la orang tahu bentuk badan dia macam mana. Apa yang dia nak, orang faham isi dalam lagu yang dia sampaikan dan bukannya suruh fokus badan dia.

“Saya lagi suka pakai pakaian yang 800 kali ganda lebih besar daripada badan saya, bila saya pakai macam tu takkan ada sesiapa oun yang boleh nilai badan saya. Orang memang tak cakap tapi kita tahu apa yang mereka fikirkan”

View this post on Instagram

O$AKA

A post shared by BILLIE EILISH (@billieeilish) on

Bagi pemilik nama asal Billie Eilish Pirate Baird O’Connell yang berasal dari Los Angeles ni lagi, pakaian dia tu juga dijadikan sebagai pertahanan daripada mata nakal kaum lelaki. At the same time jadikan fesyen sebagai cara untuk dia ekspresikan diri tanpa perlu berkata-kata.

Wow, ada betul juga apa yang Billie cakap ni kan? Lagi pun fesyen yang dia gayakan tu agak cantik dan boleh dijadikan sebagai inspirasi dalam berfesyen. So korang prefer tak fesyen macam ni? Lepas ni Ainaa nak try la fesyen macam ni, mana tahu jadi lagi cantik ke. Eh?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Deksokrao Cuba ‘Lawan’ MV Kill This Love

Kaki Jealous Sampai Boyfriend Pun Malas Nak Layan!