in ,

Ini Sebab Kenapa Ahli BTS Single…

Sumber gambar: http://time.com/5241905/time-100-reader-poll-2018-winner/

Ahli BTS tak ada girlfriend? Okay, dah tiba masanya untuk aku jadi girlfriend diorang! Eh?

Ya girls, kesemua ahli BTS memang tak ada girlfriend langsung. Even ada desas desus kata diorang dating dengan pasangan masing-masing tapi hakikatnya diorang ni still single but not sure available ke tak? Ainaa dapat jumpa beberapa sebab kenapa sampai sekarang diorang still single…

Dalam tradisi a few K-Pop idol, diorang memang dilarang untuk bercinta dan kalau ada yang langgar ‘tradiri’ tu, diorang mungkin akan digantung buat sementara waktu. Lagi pula kebanyakan artis Korea sekarang dijaga dengan baik supaya nama kumpulan mereka dan company sendiri tak terjejas.

via GIPHY

Bagi Ainaa sendiri, bila ahli BTS ni semuanya single, diorang ada banyak masa untuk fokus pada kerjaya dan kekalkan diri sebagai antara kumpulan Korea yang berpengaruh. Buatnya kalau diorang bercinta and one day putus cinta, dah tak boleh nak focus menyanyi pula kan.

Macam yang korang tahu, BTS ni boleh dikatakan berpengaruh seluruh dunia sampai ada capai tahap ARMY bergaduh sesama sendiri semata-mata untuk ‘membela’ diri idol kesukaan diorang. Just imagine kalau ada ahli BTS yang bercinta, maybe ada pihak ARMY yang suka dan sebaliknya juga. Silap haribulan boleh ada world war, betul tak ARMY? Hihi..

via GIPHY

ARMY ni bukan je sanggup berhabis duit untuk tengok konsert, beli merchandise dan buat gambar idol diorang as wallpaper phone, tapi ada juga yang sanggup sponsor iklan billboard dekat Times Square, New York City sempena anniversary BTS yang keempat pada tahun 2017 yang lepas. Katanya sebanyak 20-30k ARMY sanggup sponsor billboard tu yang berharga $30,000 atau RM125,385.00 hanya dalam masa 15 saat sahaja. KAYANYA KORANG NI! Nampak tak dekat situ betapa setianya ARMY ni pada BTS kesayangan diorang ni.

Before this memang ada rumors mengatakan yang ahli BTS dating tapi semua relationship tu tak pasti sama ada betul atau tidak. Actually diorang ni bukan la langsung tak boleh nak bercinta, tapi since semua sibuk dengan aktiviti seni, bila masa pula diorang nak bercinta dan keluar dating kan? Or else sebenarnya diorang ada pasangan masing-masing, cuma tak expose je dekat public..Oh no!

ARMY dekat luar sana dah boleh get ready awal-awal, kalau tiba-tiba jodoh korang dengan salah seorang ahli BTS ni, tak ada la korang terkejut sangat. Tak salah pun nak berangan sikit kan. Hehe!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis-Jenis Orang Time Raya

Raya Bandar Boring? Say No More Girls..